Categories
NASIONAL

SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 MEI: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memuji pengendalian aman bagi himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sekitar jalan Dataran Merdeka, semalam.

Dalam kenyataan media, Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, SUHAKAM melihat perkara terbabit sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan.

Katanya, SUHAKAM turut berbesar hati apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digunakan ketika perhimpunan terbabit dan jalan utama serta stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.

hasmi agam suhakam“Pihak polis dengan bantuan marshal penganjur berjaya memudahkan kawalan lalu lintas dan pergerakan orang ramai sepanjang perhimpunan terbabit bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.

“SUHAKAM juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme polis dan pihak berkuasa lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti kenaikan harga serta perhimpunan semalam,” katanya.

Beliau turut memuji polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang diadakan sebelum perhimpunan.

sejarah“Dialog itu membawa kepada persetujuan dua pihak dalam beberapa aspek utama berkenaan perhimpunan, terutama persetujuan polis untuk penganjur menggunakan jalan raya berhampiran Dataran Merdeka walaupun ditutup untuk kerja naik taraf.

“Kami mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman pada masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnyasetiap masa,” katanya.

-NFN-