Categories
NASIONAL

Hadi: Tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Qardhawi bodoh, zalim

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Polis Antarabangsa (Interpol) tidak boleh mengambil tindakan terhadap Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi hanya kerana pertuduhan spontan yang dilemparkan Kerajaan Mesir.

Abdul Hadi berkata, tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu disifatkan zalim dan bodoh tanpa merujuk kepada peraturan Interpol.

“Jika, kita merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Interpol, mereka hanya boleh mengambil tindakan terhadap individu yang dianggap melakukan kesalahan jenayah dan tidak boleh bertindak dalam kesalahan politik yang ada kaitan dengan hak asasi manusia.

hadi“Ia mesti mendapat kerjasama dengan negara yang orang dituduh itu berada, sama ada rakyat negara itu atau mendapat suaka politik negara berkenaan,” katanya di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden PAS meminta klausa Undang-Undang Tubuh Interpol yang menghalang seseorang itu ditahan dimasukkan bersama dalam memorandum bantahan yang akan dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia

Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Qardhawi, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut, membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme serta kecurian.

Yusuf yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Mesir, Hosni Mubarak.

qaradawiAbdul Hadi berkata, serangan terhadap ulama seperti Qardhawi berpunca daripada permusuhan terhadap Islam sejak zaman dahulu, selain didorong dengan ketakutan terhadap Islam atau Islamophobia.

Tegas Abdul Hadi, kebangkitan rakyat cetusan Qardhawi mengakibatkan kuasa barat serta pemimpin Islam yang mempunyai kentingan peribadi kini bimbang dan takut.

“Percayalah Islam tidak boleh dimatikan. Bukan seorang Qardhawi.

“Kalau satu dahan pokok dicantas, sepuluh tunas akan tumbuh. Satu tunas dicantas, tumbuh sepuluh tunas yang baru.

“Satu Qardhawi dicantas akan tumbuh sepuluh lagi Qardhawi. Di sini, keyakinan kepada kepada Allah SWT dan kita jangan mengalah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Bekas Jeneral Yang Lantang Kritik Kerajaan Difitnah Kes Enjin Jet Hilang

Abdul Hadi khatab PKR ATM 01
HULU KELANG 17 FEB: Seorang bekas jeneral angkatan tentera udara yang sekarang aktif di dalam PKR difitnah sebagai dalang di dalam kes kecurian enjin jet lima tahun dahulu.

Dipercayai fitnah terhadap Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al- Khatab dilakukan bagi menakutkan dan mencalar reputasinya supaya beliau berhenti daripada mendedahkan penyelewangan yang berlaku di dalam institusi ketenteraan.

Risalah fitnah tersebut disebarkan sewaktu siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama bekas pegawai tinggi tentera yang lain dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, AU3 Keramat, malam tadi.

Risalah tersebut cuba mengaitkan Abdul Hadi dalam skandal dua enjin F-SE jet Northrop yang dicuri dari sebuah pangkalan udara tentera pada tahun 2007.

Kedua-dua enjin tersebut didakwa dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat di negara Uruguay.

“Masa nak datang sini, saya dapat satu risalah fitnah mengenai ketenteraan yang disebar, jangan cuba cabar kesabaran saya, saya tidak gentar dan takut.?

Abdul Hadi mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada tahun 2007 lalu.

Beliau juga menuntut penjelasan daripada Panglima Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai skandal itu.

“Saya nak beritahu Zahid Hamidi, saya nak tanya kepimpinan angkatan tentera yang ada sekarang, saya nak tanya bekas Panglima Angkatan Tentera yang dah bersara.

?Dia bertanggungjawab, saya nak cabar dia, kalau dia berani, jangan permainkan orang, kalau saya takut saya tidak berani berdiri dihadapan ini, cabar saya dimana-mana,” tegasnya.

Sehingga kini mahkamah tidak dapat memberi apa-apa keputusan mengenai kehilangan enjin jet tersebut, kata Abdul Hadi yang merupakan Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR.

“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya, masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU-13,” katanya dihadapan hampir 4,000 hadirin.

Ceramah itu turut disertai mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, mantan Pengarah KAGAT, Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Abdul Hamid, dan Laksamana Pertama (B) TLDM, Imran Abdul Hamid.