Categories
NASIONAL

Kit Siang: Pecat Timbalan Menteri Pertahanan, kenyataan rosak kredibiliti Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengesahkan beliau akan menyertai taklimat berhubung tragedi
penerbangan Malaysia Airlines MH370 bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain, pada 1 April ini.

Katanya, terdapat sedikit salah faham di dalam jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim yang menyatakan beliau tidak akan turut serta dalam taklimat yang dianjurkan Kerajaan Pusat itu.

“Saya kata saya tidak boleh hadir Isnin malam (31 Mac) kerana ada urusan, bukan pada Selasa. Mungkin ada salah faham sedikit,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Memetik laporan BERNAMA, Shahidan berkata, pertemuan bersama pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan kerajaan terbuka kepada semua pihak dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung tragedi MH370.

kit siang parlimen 01Sementara itu, Kit Siang dalam satu kenyataan mendesak Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan kredibiliti Malaysia.

Penasihat DAP itu berkata, imej Malaysia sudah pun sedia terjejas dengan kehilangan penerbangan MH370.

“Sejak dua minggu lalu, Malaysia dikritik hebat daripada seluruh pelusuk dunia. Jadi, kita tidak perlukan timbalan menteri yang bercakap perkara mengarut di Parlimen,” katanya.

-NFN-