Enakman baru sampah haram bakal digubal


Satu enakmen kebersihan awam akan digubal bagi membolehkan hukuman lebih berat dilaksanakan kepada individu atau pihak terbabit yang membuang sampah secara haram.

Categories
SELANGOR

Adun Sungai Burong minta teliti masalah peneroka atas tanah rizab JPS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 JAN: Kerajaan Negeri diminta meneliti masalah penerokaan bandar yang dialami sebahagian besar penduduk di beberapa buah penempatan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong yang berlarutan sejak sekian lama.

Antara kawasan penempatan itu termasuk di sepanjang Sungai Kajang dan Jalan Seri Bakti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan itu tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri kerana berpendapatan rendah.

Datuk Shamsudin LiasBeliau juga berharap Kerajaan Negeri khususnya Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali boleh memantau perkara berkenaan walaupun menyedari tanah yang diduduki itu rizab kerajaan.

“Ketika Mohamed Azmin turun ke Tanjung Karang kira-kira sebulan yang lalu, saya ada menyerahkan memorandum kepada beliau berhubung masalah penerokaan bandar di DUN ini.

“Penduduk sudah lama menetap di situ antara 30 hingga 40 tahun lalu dan kediaman mereka dibina atas rizab kerajaan disebabkan berpendapatan tidak tetap seperti nelayan dan buruh.

padi_sabak_01“Jadi, saya benar-benar berharap perkara ini dapat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor Kini.

Selain itu, Shamsudin turut berharap supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap kerja pembaikan serta menaiktaraf jalan raya kampung yang kebanyakannya sudah rosak terutama ketika musim hujan.

Sementara itu, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Misran Serman berkata, penempatan yang dibina penduduk setempat itu adalah di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

misran sermanBeliau berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh meluluskan pemberian geran atau milikan tanah kepada penduduk di kawasan berkenaan walaupun mereka sudah mendiami penempatan berkenaan sejak sekian lama ekoran masalah berkenaan.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) ada menjalankan bancian di kawasan penempatan itu dan mendapati kediaman mereka adalah di atas rizab kerajaan, maka secara dasarnya hak milikan tanah tidak boleh diserahkan kepada penduduk.

“Tetapi, kita tidak akan menghalang mereka untuk mendiami kawasan itu kerana Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan tanah di situ,” katanya.

Pada masa sama, Misran berkata, pihaknya sentiasa memantau perkara berkenaan jika menerima aduan daripada penduduk setempat ketika mengulas berkenaan penyelenggaraan jalan raya di kawasan kampung.

-NFN-

BN : Hasil negeri tinggi, Selangor upaya naik gaji

Layari http://www.selangorkini.net