Categories
ADN SELANGOR

Pejabat ADN ditutup patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

SHAH ALAM, 18 MAC: Beberapa pusat khidmat masyarakat Ahli Dewan Negeri (ADN) ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac.

ADN Lembah Jaya Haniza Talha dalam kenyataan memaklumkan pejabatnya akan dibuka semula apabila arahan tersebut dihentikan.

“Warga Lembah Jaya diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kebersihan, elak perhimpunan dan tempat awam tanpa tujuan penting,” katanya.

Sementara itu, ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata orang ramai boleh berurusan dengan pejabatnya melalui Facebook, telefon, e-mel atau WhatsApp.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengambil langkah bagi memastikan virus tidak tersebar. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli pula menasihatkan penduduk di Kuala Selangor supaya mematuhi arahan kawalan pergerakan yang berlangsung selama 14 hari.

“Sila ambil perhatian serius arahan ini. Selaras itu, pusat khidmat saya juga akan ditutup. Orang ramai boleh menghubungi talian 017-2195856 atau 010-8055068,” katanya.

PPAS disaran wujud sumber rujukan ADN


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) disaran menyediakan sumber rujukan dan pencetus pemikiran bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk dibahaskan.