Categories
NASIONAL

Tolak GST : PAS sedia temu kerajaan kemuka alternatif

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 OKT: PAS mengulangi pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS mempunyai barisan penyelidik berperanan mengkaji isu dalam negara dan bersedia bersemuka dengan Kerajaan untuk membincangkan alternatif lain bagi menampung hasil negara selain GST.

KUALA SELANGOR 04 June 2015. Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. NSTP/Yazit Razali?

“Sebab itu kita bersedia bertemu kerajaan, bersemuka dengan kementerian termasuk Perdana Menteri bagi mengemukakan cadangan dalam perkara yang tidak dipersetujui seperti dalam isu GST,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS ada pendekatan tersendiri menaikkan dan mempertahankan nilai Ringgit dan akan mencadangkan alternatif bagi menampung hasil kerajaan selain cukai zalim, GST.

-nR-

Categories
NASIONAL

PAS kekal pembangkang, untuk terang bukan serang

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 OKT: PAS akan kekal dalam blok pembangkang namun memilih pendekatan memberi penerangan dan bukannya menyerang.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu baik berkaitan rakyat.

Selaku Presiden PAS, beliau berkata, parti itu memelihara hubungan bersama rakyat dan bukan dengan Ahli Parlimen sahaja.

Haji Abdul Hadi Awang“PAS akan terus jadi pembangkang dan tidak menyertai Kerajaan.

“PAS akan jadi pembangkang menerang dengan hujah, bukan menyerang. Ini pendekatan kita.

“Sebarang perubahan mesti berteraskan kepada Islam (dasar), konsep dan matlamat perjuangan PAS,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Jelasnya, PAS mahu menjadi Ahli Parlimen yang menjaga adab dalam berhujah.

Selain itu, PAS juga mahu mengadakan perbincangan bersama kerajaan bagi mengemukakan cadangan penambahbaikkan terhadap masalah melanda negara seperti GST dan kejatuhan nilai Ringgit.

“Kita mahu proses demokrasi beradab dan berakhlak tanpa melupai konsep raja berperlembagaan. Dalam masa sama memelihara masyarakat majmuk.

“Oleh kerana itu, PAS bukan sahaja bersedia berbahas di Parlimen dengan masa terhad,” katanya.

Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak akan sertai sebarang gerakan yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat kerana mustahil menaiki bas express ke destinasi tidak dituju.

-nR-