Categories
NASIONAL

PAS kekal pembangkang, untuk terang bukan serang

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 OKT: PAS akan kekal dalam blok pembangkang namun memilih pendekatan memberi penerangan dan bukannya menyerang.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu baik berkaitan rakyat.

Selaku Presiden PAS, beliau berkata, parti itu memelihara hubungan bersama rakyat dan bukan dengan Ahli Parlimen sahaja.

Haji Abdul Hadi Awang“PAS akan terus jadi pembangkang dan tidak menyertai Kerajaan.

“PAS akan jadi pembangkang menerang dengan hujah, bukan menyerang. Ini pendekatan kita.

“Sebarang perubahan mesti berteraskan kepada Islam (dasar), konsep dan matlamat perjuangan PAS,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Jelasnya, PAS mahu menjadi Ahli Parlimen yang menjaga adab dalam berhujah.

Selain itu, PAS juga mahu mengadakan perbincangan bersama kerajaan bagi mengemukakan cadangan penambahbaikkan terhadap masalah melanda negara seperti GST dan kejatuhan nilai Ringgit.

“Kita mahu proses demokrasi beradab dan berakhlak tanpa melupai konsep raja berperlembagaan. Dalam masa sama memelihara masyarakat majmuk.

“Oleh kerana itu, PAS bukan sahaja bersedia berbahas di Parlimen dengan masa terhad,” katanya.

Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak akan sertai sebarang gerakan yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat kerana mustahil menaiki bas express ke destinasi tidak dituju.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.