Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif raih kemenangan pertama 2019 di Tangkak

SHAH ALAM, 4 MEI: Ahmad Afif Amran meraih kemenangan pertama musim 2019 setelah muncul juara perlumbaan CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Juara keseluruhan musim 2018 dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’55.133s mengatasi Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua dengan masa 14’56.549s.

Sementara itu, Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Yamaha YY Pang Racing) menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk meraih podium pertama musim 2019 dengan masa keseluruhan 14’57.676s.

Malang buat juara dua pusingan lepas, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) apabila terjatuh seawal selekoh pertama namun berupaya untuk bangkit dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Afif yang bermula dari petak ketujuh bijak memanfaatkan kelebihan jentera untuk memintas Md Iqbal Amri Abdul Malek (AHM Motorsports Yamaha Racing) pada pertengahan perlumbaan manakala masalah mekanikal menyaksikan Iqbal terpakasa menarik diri dari perlumbaan ketika berbaki empat pusingan menuju ke garisan penamat.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras untuk menyiapkan jentera terbaik kepada saya pada minggu ini.

“Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak memikirkan tentang kemenangan sebaliknya hanya mahu memastikan tidak terbabit dengan kemalangan kerana sedar selekoh pertama agak berbahaya.

“Perlumbaan tadi juga sebenarnya bukan mudah kerana memerlukan pelumba untuk kekal konsisten dari awal sehingga ke penghujung perlumbaan. Keadaan litar yang agak berisiko memerlukan saya memberi sepenuh tumpuan dan gembira kerana berjaya memenangi perlumbaan pertama musim ini,” kata Afif.

Kemenangan ini menyaksikan Afif kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 58 mata manakala Azroy turun ke tangga kedua dengan 55 mata. Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) yang menamatkan saingan di tempat ketujuh di kedudukan ketiga dengan 36 mata.

Dalam saingan CP115, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) mempertaruhkan pengalamannya untuk meraih kemenangan selesa dengan berkelebihan 1.839s di hadapan pemenang tempat kedua, Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang menamatkan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 11’47.025s.

Rakan sepasukan Adib, Md Khairi Asyraf Mahmood meraih podium pertama musim 2019 setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 11’48.448s.

Gelaran naib juara terus meletakkan Ahmad Syukran sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 60 mata manakala Adib di kedudukan kedua dengan 41 mata. Rakan sepasukan, Md Fareez Afeez Abd Rahman yang gagal menamatkan perlumbaan berada di kedudukan ketiga dengan 38 mata.

Sementara itu, Md Zaki A Zamri terus mempamerkan aksi bertenaga setelah berjaya meraih kemenangan kedua kategori Wira pada musim ini sekali gus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 60 mata.

Pelumba MOS William #LLRKS CYT Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 9’31.878s diikuti Md Izham Hanafi Amran (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) kedua, 9’33.841s dan Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing) ketiga, 9’35.597s.

KEPUTUSAN
CP150
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14’55.133s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’56.549s
3. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 14’57.676s
4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha –CKJ Racing 14’58.358s
5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 15’02.135s

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 58 mata
2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 55 mata
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 33 mata
4. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 33 mata
5. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 31 mata

CP115
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’45.186s
2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11’47.025s
3. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’48.448s
4. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 11’48.702s
5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 11’50.402s

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 60 mata
2. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 41 mata
3. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 38 mata
4. Md Khairi Asyraf Mahmood ( ) Motul Yamaha YY Pang Racing 35 mata
5. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 34 mata

WIRA
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 9’31.878s
2. Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 9’33.841s
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 9’35.597s
4. Md Muazim Shah Shahrul Anuar (SGR) ONEXOX SAG Team 9’41.591s
5. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 9’45.314s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 60 mata
2. Md Sharul Ezwan (SGR) M Sharil AFB tech Racing 36 mata
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 36 mata
4. Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB tech Racing 31 mata
5. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 30 mata

Categories
SUKANKINI

Afif terpantas di Batu Kawan, tekad tebus kecewa di Jasin

SHAH ALAM, 13 APR: Ahmad Afif Amran bangkit untuk menebus kehampaan sewaktu pusingan pembukaan apabila berjaya mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan CP150 pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha –CKJ Racing itu mencatat masa terpantas 52.310s yang dilakukan pada pusingan kelapan sambil Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) mencatat masa kedua terpantas dengan masa 52.413s sekali gus membawa dua jentera Yamaha untuk mendahului pusingan kelayakan.

Dalam persaingan sengit dan menjadi tumpuan di antara dua jentera Yamaha dan Honda, naib juara pusingan lalu, Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) masih kekal memberikan cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 52.493s manakala juara pusingan pembukaan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) keempat terpantas dengan masa 52.559s.

Afif berkata, kegagalan menaiki podium di Melaka memberi sedikit kesan kepada pasukan kerana litar di Jasin memberi banyak kelebihan kepada Honda namun berbeza di Batu Kawan yang kelihatan seimbang buat kedua-dua jentera.

“Sesi kelayakan ini sangat penting dan sebagai pelumba terpantas, saya adalah pelumba terakhir yang keluar ketika sesi kelayakan Superpole esok.

“Ia memberi sedikit kelebihan kepada saya kerana mempunyai lebih masa untuk melihat dan mengkaji bagaimana aksi pelumba lain sebelum saya keluar ke litar,” kata juara keseluruhan musim 2018 itu.

Sementara itu, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) berjaya mencatat masa terpantas sesi kelayakan CP115 dengan catatan masa 54.433s manakala Md Aliff Danial M Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi Shootout dengan catatan masa 55.753s.

CP150 – PUSINGAN KELAYAKAN
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 52.310s
2. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 52.413s
3. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 52.493s
4. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 52.559s
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) ONEXOX TKKR SAG Team 52.597s

CP115 – PUSINGAN KELAYAKAN
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.433s
2. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.504s
3. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.569s
4. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 54.745s
5. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 54.904s

WIRA – Shootout
1. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 55.753s
2. Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 55.915s
3. Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 55.948s
4. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 55.949s
5. Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 55.953s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif tak tertekan penguasaan Honda

SHAH ALAM, 10 APR: Penyandang gelaran keseluruhan CP150 2018, Ahmad Afif Amran akui tidak berasa tertekan dengan penguasaan dipamerkan barisan pelumba Honda sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, Mac lalu.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di belakang juara, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan rakan sepasukan Azroy, Md Zaqhwan Zaidi yang melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Menjelang perlumbaan di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini, Afif yang meraih sembilan podium pada musim lalu termasuk empat gelaran juara sebaliknya berkata, beliau dan rakan sepasukan serta barisan pelumba Yamaha lain akan bangkit serta kembali ke pentas podium.

“Saya tidak tertekan dengan keputusan pusingan lalu. Perlumbaan di Jasin juga tidak bermaksud prestasi kami musim ini sudah menurun, sebaliknya kami masih mencari keserasian dengan beberapa percubaan dan pelarasan mengikut perubahan peraturan teknikal jentera yang digunakan pada musim ini,” katanya.

Afif berkata, sesungguhnya keputusan di Jasin dapat menjadikan saingan musim ini lebih kompetitif dan menarik.

“Persaingan di antara jentera Yamaha dan Honda pasti lebih sengit dan kami perlu bekerja lebih keras jika mahu menaiki podium. Kami tidak boleh mengambil langkah mudah walaupun perlumbaan masih di peringkat awal musim,” katanya.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif bayangkan peluang terbuka di Terengganu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 OKT: Pendahulu keseluruhan CP150, Ahmad Afif Amran berhasrat menjuarai perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Pri AAM Malaysia PETRONAS sekali gus melebarkan jurang pungutan mata di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini dan esok.

Keinginan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu ditambah dengan rekod terdahulu menyaksikan pencapaian terbaiknya hanya sebagai naib juara dalam CP115 pada 2013 dan ketiga dalam CP130 pada 2014.

Ahmad Afif berkata, memang beliau memasang impian menang di sini kerana sepanjang beraksi di dalam Kejuaraan Cub Prix, tidak pernah muncul juara di Terengganu.

“Perlumbaan minggu ini lebih mencabar dan peluang lebih terbuka kerana kali terakhir kami berlumba pada 2015 dan masih menggunakan jentera CP130.

“Semua pasukan tidak mempunyai data baharu untuk perlumbaan kali ini selain faktor keadaan permukaan litar juga mungkin sudah berubah,” katanya.

Ahmad Afif berkata, walaupun inginkan gelaran juara, pada masa sama beliau tidak boleh terlalu mengambil risiko.

Katanya, beliau perlu memikirkan strategi terbaik dan memberi keutamaan untuk memungut mata sebanyak mungkin bagi mempertahankan kedudukan ketika ini.

“Perlumbaan sudah semakin ke penghujung musim, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah ketika ini,” kata pelumba kelahiran Dungun itu.

Selepas enam pusingan, Ahmad Afif kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 135 mata, 40 mata mengatasi juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua (95 mata) manakala rakan sepasukannya, Md Hafiz Nor Azman ketiga dengan 90 mata.