Categories
SELANGOR

Andik kongsi bonus juara Piala Malaysia beramal dan berlibur

SHAH ALAM 3 JAN: Pemain import Selangor, Andik Vermansah menggunakan sebahagian bonus diterima Juara Piala Malaysia 2015 untuk amal kebajikan kepada rumah anak yatim melalui yayasan di Surabaya dan berzakat.

Katanya, perkara itu sudah dilakukannya sejak bermain bersama-sam pasukan Persebaya Suraya Junior sehingga kini.

Beliau juga menyatakan berangan-angan untuk membahagikan rezeki diterimanya kepada mereka memerlukan ketika masih belum bergelar pemain profesional.

Andik“Ini kewajipan yang tidak boleh saya tinggalkan. Saya tidak akan jatuh miskin kerana beramal. Justeru saya merasa rezeki saya semakin lancar kerana memberi.

“Mungkin kerana doa orang-orang itu. Doa anak yatim dan fakir miskin cepat dikabulkan oleh Tuhan,” kata Andik dipetik laman sesawang Football Channel Malaysia.

Menurut laman sesawang itu, Andik turut berkongsi kegembiraan menerima bonus itu dengan membawa kaum keluarga terdekatnya bercuti di Lombok.

Mendapat pelepasan dari majikannya, Selangor FA, selama 2 minggu, Andik menggunakan masa itu untuk bersama-sama keluarga.

“Saya bekerja untuk mereka. Kalau keluarga senang, saya juga senang. Karena saya berprinsip, kebahagiaan keluarga adalah nombor satu,” katanya.

Disebabkan itu, Andik mengakui menyediakan sebahagian daripada bonus kemenangan diterimanya untuk dibelanjakan dalam ‘family-trip’ itu.

“Mereka dahulu bersama saya saat masih belum punya apa-apa. Sekarang, saya ada rezeki lebih, saya ingin berkongsi kebahagiaan dengan mereka.

“Saya hidup untuk orang tua, saudara, dan teman. Kerana itu, saya harus ingat mereka yang nasibnya kurang beruntung,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Andik: Masanya balas jasa penyokong

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 18 DIS: Bintang bola sepak Indonesia, Andik Vermansyah bersyukur menjadi pemain ketiga dari negara republik itu berjaya menjulang Piala Malaysia.

Katanya, kerja keras sepasukan menjadi kunci utama kejayaan Selangor musim ini bukan bergantung kepada kekuatan individu.

interview andikAndik berkata, tumpuan akan diberikan untuk musim hadapan termasuk aksi di pentas Piala AFC.

“Alhamdulillah, nyata bukan mudah untuk menjulang piala tanpa bekerja keras.

“Kita memerlukan lebih kosenterasi dan berhati-hati untuk beraksi di peringkat Asia,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bambang Pamungkas dan Ellie Aboi adalah pemain dari Indonesia yang berjaya menjulang Piala Malaysia bersama Selangor.

Katanya, kehadiran penyokong sangat membanggakan dan kini masanya pemain membalas jasa serta sokongan yang diberikan sepanjang musim ini.

“Saya rasa selesa dan kami memerlukan penyokong selaku pemain ke-12. Mereka sudah menyokong dan kini giliran kami menghiburkan penyokong,” katanya.

-NFN-