Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Atlet sukan orang pekak terus bangkit

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 JAN: Pengalaman membimbing skuad bola sepak orang pekak Malaysia memberikan kenangan manis buat bekas pemain Selangor, Azlan Johar walaupun terpaksa memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.

azlan-joharKatanya, walaupun ada kala menguji kesabaran belia, namun komitmen yang diberikan sangat dikagumi.

“Saya terpaksa memberikan penerangan dan demonstrasi berulang kali serta penjelasan yang panjang dalam mengurukan pasukan orang pekak.

“Saya mengagumi cara mereka menghormati walaupun satu ketika dahulu tidak diberikan pendedahan luas,” katanya.

Menyingkap pengalaman beliau dalam satu temuramah esklusif bersama SelangorKini bagi membincangkan perkembangan semasa bola sepak tempatan, Azlan berkata, nasib orang pekak dalam arena sukan tanah air mula diberikan perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Selaku Naib Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor, beliau pernah membimbing skuad bola sepak orang pekak kebangsaan pada 2015 pada kejohanan Sukan Bola Sepak Oceania.

Kejayaan itu menyaksikan pasukan kebangsaan bakal beraksi dalam Sukan Bola Sepak Asia Orang Pekak 2017 yang bakal berlangsung di Hokkaido, Jepun.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jadikan bola sepak cabang perniagaan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 JAN: Kegagalan melahirkan pemain bola sepak berkualiti di peringkat tempatan menjadi antara punca kemerosotan prestasi sukan bola sepak negara yang akhirnya memberikan kesan besar dalam pembentukan pasukan kebangsaan yang mantap.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, penghasilan pemain berkualiti seperti yang dilakukan di eropah merupakan strategi perniagaan terbaik bagi menjana pendapatan pasukan dan boleh menyelesaikan masalah kewangan pasukan bola sepak.

“Duit menjadi permasalahan di awal musim segelintir persatuan bola sepak di negara kita. Jadikan bola sepak sebagai cabang perniagaan.

“Kalau di luar, kelab profesional cabang perniagaan dan pemain adalah produk mereka. Di sini, tidak semua persatuan bola sepak negara mengeluarkan produk. Kalau kita tidak mengeluarkan produk, bagaimana mahu mendatangkan hasil?” katanya.

azlan-joharBeliau berkata demikian dalam satu temuramah esklusif bersama SelangorKini bagi membincangkan perkembangan semasa bola sepak tempatan.

Katanya, kegagalan menghasilkan produk yang baik mengakibatkan prestasi bola sepak Malaysia semakin merudum.

Ia termasuk penarikan diri penaja daripada sesebuah pasukan yang akhirnya mengakibatkan persatuan resah setiap kali menjelang permulaan musim liga.

“Kewangan kena kukuh, kita kena jual pemain dan menarik penaja. Kalau penaja tarik diri, ia kerana nampak duit penajaan tidak digunakan sepatutnya.

“Itu penyebab bola sepak Malaysia semakin merudum akibat kegagalan menghasilkan produk. Kita tidak mempunyai ramai pemain berkelas A dan B, kita ada lambakan pemain kelas C dan D,” katanya.

Beliau berkata, pembentukan pemain kelas C dan D menjadi pemain bertaraf A juga B memerlukan pendedahan serta pengajaran yang cukup, namun ia memakan masa yang lama.

Azlan berkata, bola sepak Malaysia sentiasa terbuka ke arah profesionalisme tetapi terbantut kerana banyak individu yang memegang jawatan dalam persatuan bola sepak takut dipinggirkan, namun tidak berkeupayaan meneraju persatuan.

-NFN-