Categories
NASIONAL

Rafizi gagal cabar BAFIA

SHAH ALAM, 19 JUN: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli gagal mencabar keperlembagaaan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak permohonan beliau, hari ini.

Hakim Zamri Bakar, berkata tiga persoalan yang dibangkitkan tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kes itu tetap akan didengar di peringkat Mahkamah Sesyen.

“Tiga isu ini dibangkit pemohon (tertuduh) bukan mahkamah atau pihak pendakwaan,” katanya memetik portal The Malaysian Insider.

yb rafizi parlimenRafizi bersama kerani bank, Johari Mohamad yang dituduh bersubahat dengannya memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun BAFIA sudah dimansuhkan.

Persoalan kedua adalah sama ada dakwaan di bawah BAFIA tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.

nfcRafizi, 38, yang juga Naib Presiden PKR, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation (NCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, di sini, pada 7 Mac 2012.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Categories
SELANGOR

Zuraida : NFC Cuba Alihkan Perhatian Dengan Menyaman Bank

SHAH ALAM, 23 MEI: Tindakan National Fidlot Corporation (NFC) memfailkan saman terhadap Public Bank dilihat sebagai cubaan untuk mengelakkan diri daripada menjawab isu penyelewengan bernilai RM250 juta yang didedahkan sebelum ini.
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara pokok yang perlu diatasi adalah penyelewengan yang dilakukan NFC yang sehingga kini masih belum dijawab.

“Itu hak NFC untuk mengemukakan saman kepada Public Bank dan sebagainya. Tetapi perkara pokok ialah NFC sendiri telah menyeleweng.

?Itu perkara pokok yang perlu ditangani oleh kerajaan. Kita atasi itu dahulu kemudian tepulang kepada tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Jelas beliau, NFC tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mereka telah menyeleweng amanah rakyat yang bernilai jutaan ringgit.

NFC semalam memfailkan saman kepada Public Bank di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Public Bank didakwa bersikap cuai dan mengakibatkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memperoleh maklumat berhubung syarikat berkenaan.

Zuraida menambah, dalam zaman serba canggih ini semua maklumat boleh dikeluarkan melalui pelbagai cara dan pihak Public Bank sendiri tidak mengetahui siapakah kakitangan mereka yang terlibat.

Sebelum ini, seorang bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mohammad menerima sepucuk surat daripada pihak Public Bank kerana didakwa melanggar tatacara disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Johari yang telah melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank turut disiasat dibawah peruntukkan sama oleh Bank Negara.