Categories
AGENDA NASIONAL

Kebocoran radioaktif di Pos Aviation dekat Sepang, operasi dihenti sementara

SEPANG, 7 NOV: Kebocoran radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation di kawasan KLIA Cargo Village di sini hari ini mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya.

Insiden kebocoran radioaktif itu yang mana Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi, disahkan Pos Aviation, pengendali perkhidmatan logistik darat, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JBPM Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA menerima panggilan kecemasan pada jam10.42 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dan juga pasukan Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi.

“Sebagaimana diarahkan oleh pihak bomba KLIA, semua petugas telah dipindahkan daripada bangunan terminal dan semua operasi dihentikan sementara sehingga notis selanjutnya,” kata Pos Aviation.

Menurut JBPM Selangor, kejadian kebocoran bahan radioaktif itu melibatkan kebocoran dari dalam kotak.

“Kebocoran berjaya dikawal,” kata JBPM Selangor.

JBPM Selangor berkata kes kebocoran itu juga akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya.

Media yang berkumpul di hadapan kawasan KLIA Cargo Village melihat dua jentera bomba meninggalkan kawasan kargo berkenaan pada kira-kira jam 2.25 petang.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

20 diselamatkan terperangkap arus deras

KUALA KUBU BHARU 2 SEPT: Enam kanak-kanak ialah antara 20 orang yang diselamatkan selepas mereka terperangkap dalam arus deras di Sungai Chiling, dekat sini, petang Jumaat.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Alimaddia Bukri ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.17 petang apabila kesemua mereka sedang berkelah di tebing sungai berkenaan secara tiba-tiba arus sungai menjadi deras.

Beliau berkata sepasukan bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bharu bergegas di lokasi kejadian dan menyelamatkan kesemua mangsa yang mengambil masa hampir sejam.

“Kesemua mangsa berusia di antara lingkungan tiga hingga 30 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja operasi tamat kira-kira 6 petang,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Dua kebakaran hasil pembakaran sampah tidak terkawal

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 APR: Sekurang-kurangnya tiga jam diambil untuk memadamkan pembakaran sisa binaan oleh individu tidak bertanggungjawab di laluan bersebelahan Ladang Tuan Mee, Sungai Buloh, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerusi facebooknya memaklumkan Pasukan pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerah ke lokasi untuk memadamkan kebakaran tersebut.

37a1732e-6e97-4a68-9244-011c79d725efDalam pada itu, kejadian sama dilaporkan berlaku di belukar seluas 3 ekar di Jalan Tiaj 2/9, Taman perindustrian Alam Jaya, Puncak Alam akibat aktiviti pembakaran sampah tidak dikawal.

Pasukan pemadan dari BBP Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.01 malam sebelum berjaya memadamkan kebakaran tersebut 2 jam kemudian.

Sebelum ini, orang ramai diperingatkan agar waspada dan mengelakkan pembakaran terbuka serta tindakan yang boleh menyebabkan kebakaran ekoran cuaca panas dan kering ketika ini.

-nR-