Categories
SELANGOR

Pertimbang insentif khas, galak pemaju sertai BKJ

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan insentif khas kepada pemaju dalam usaha menggalakkan sistem ‘Beli Kemudian Jual’ (BKJ).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata penawaran insentif itu dijangka mampu menarik minat pemaju menggunapakai sistem 10-90 itu.

iskandar dun selangor“Kita pernah tawar insentif untuk pembinaan rumah mampu milik dan hasilnya ramai pemaju berminat sehingga mencapai 22,000 unit.

“Bagaimanapun, banyak pemaju keberatan dengan sistem BKJ disebabkan masalah pinjaman, masalah kewangan syarikat dan lain-lain.

“Jadi kita akan lihat perkara ini dan membuat kajian lebih terperinci,” katanya ketika sesi penggulungan menjunjung titah DYMM di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han membangkitkan isu BKJ bagi mengekang masalah projek terbengkalai.

Iskandar berkata, pelaksanaan sistem itu terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun ditangguhkan sehingga kini.

“Di bawah ruang lingkup dan bidang kuasa Kerajaan Negeri, kita mahu lihat insentif bagaimana boleh diberikan.

“Bagi rumah mampu milik, kita berikan insentif premium rendah, pengecualian caj pembangunan dan peningkatan kadar densiti,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Konsep ‘Beli Kemudian Jual’ kekang projek terbengkalai

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Negeri mengalu-alukan konsep ‘Beli Kemudian Jual’ (BKJ) dipraktikkan pemaju perumahan di Selangor.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Zaidy Abd Talib, berkata konsep itu diyakini mampu mengekang masalah projek perumahan terbengkalai.

ZAIDY DUN“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak berhasrat mewajibkan konsep ini memandangkan ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Pembatalan pelaksanaan konsep ini di peringkat persekutuan kerana bimbangkan pemaju kecil tak mampu menanggung kos pembinaan amat dikesali,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berhubung konsep BKJ dan projek rumah terbengkalai.

Zaidi yang juga ADN Taman Templer berkata, sehingga kini terdapat 115 projek perumahan terbengkalai melibatkan lebih 25,000 unit.

Projek-TerbengkalaiAntaranya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 11 projek, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)-3, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)-3, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)-4, Majlis Perbandaran Klang (MPK)-30, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)-12 dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)-9.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)-7, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)-8, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)-14, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)-13 dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)-1.

-nR-