Categories
SELANGOR

Freerider Bikers sertai Jelajah Singgah Sahur di rumah asnaf

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JUN: Kira-kira 50 Freerider Bikers bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Penghulu Mukim menjayakan program Jelajah Singgah Sahur ke beberapa rumah asnaf fakir dan miskin kawasan Sungai Buloh, awal pagi ini.

Pengurus LZS Daerah Petaling, Zulkepli Mad Yatim, berkata jalinan kerjasama itu salah satu cara memasyarakatkan zakat dan merapatkan hubungan silaturahim.

IMG_3044“Kita berharap penyertaan riders menjadi landasan dakwah dan masyarakat dapat melihat sendiri bagaimana keperluan golongan asnaf untuk turut sama mengeluarkan zakat.

“Melalui program ini, kita turut sama merasai kesusahan mereka yang mungkin tidak ada juadah bersahur,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Zulkepli berkata, kegembiraan dapat dilihat melalui reaksi teruja golongan asnaf ketika rombongan itu tiba dengan membawa juadah sahur dan beberapa sumbangan lain.

IMG_3283“Kita juga dapat melihat keadaaan sebenar asnaf dan LZS akan mempertingkatkan  bantuan dalam menyantuni golongan itu dengan melihat keperluan asas mereka.

“Di samping itu, kita dapat sebarkan kepada orang ramai yang membayar zakat untuk turut sama membantu melalui penyertaan biker ini kerana masih ramai yang hidup dalam serba kekurangan,” katanya.

-NFN-