Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Kes harian tertinggi di Klang, rakyat digesa patuh SOP

SHAH ALAM, 12 JAN: Daerah Klang merekodkan 457 daripada 1,007 kes baharu di Selangor hari ini, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Data tersebut menunjukkan Hulu Langat mencatat 249 kes, Gombak (73), Sepang (66), Kuala Selangor (46), Hulu Selangor (40) Kuala Langat (38), Petaling (33) dan Sabak Bernam (empat) serta kes import (satu).

Pertambahan kes baharu menjadikan keseluruhan kes di negeri ini adalah 41,291 dengan 6,379 daripadanya kes aktif.

Sementara itu Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mengingatkan masyarakat terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan sentiasa berpesan mengenai penjarakan fizikal, pakai pelitup muka serta basuh tangan secara
kerap.

Kes baharu Covid-19 di Selangor melonjak kepada 1,107 kes berbanding 557 semalam.

Penularan kluster menyumbang 363 kes termasuk 92 kes kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manan dan Kluster Persiaran Kuala.

Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Kes harian Hulu Langat atasi Klang

SHAH ALAM, 16 NOV: Hulu Langat mencatatkan 71 kes Covid-19 hari ini, sekali gus mengatasi Klang, lapor Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Menurut agensi itu, sebanyak 67 kes dikesan di mukim Kajang diikuti dua di Cheras dan masing-masing satu di Ampang serta Beranang.

Agensi itu dalam laporannya memaklumkan Klang merekodkan 38 kes baharu iaitu 25 di mukim Klang, manakala 13 lagi di mukim Kapar.

“Sepang merekodkan 13 kes iaitu lapan di Labu, mukim Sepang (tiga) dan Dengkil (dua). Petaling pula mencatatkan 12 kes baharu melibatkan empat di Sungai Buloh dan Damansara.

“Sementara Bukit Raja dan mukim Petaling masing-masing dua kes,” maklum agensi itu.

Bilik gerakan itu berkata Kuala Langat pula merekodkan sembilan kes dengan empat daripadanya dikesan di Telok Panglima Garang dan lima di Tanjung Dua Belas.

Menurutnya, Gombak pula mencatatkan lima kes dengan dua di Batu dan Kluang serta satu di Hulu Kelang. Hulu Selangor pula masing-masing satu kes di Ampang Pecah dan Batang Kali.

“Sebanyak 171 pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini dan tiada kematian direkodkan. Klang mencatat kes discaj tertinggi sebanyak 64 kes,” kata agensi itu lagi.

Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Klang rekod 100 kes baharu, kekal tertinggi

SHAH ALAM, 15 NOV: Klang terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 100 kes, meningkat tiga kes berbanding semalam.

Menurut laporan Bilik Gerakan Negeri Selangor, sebanyak 55 kes dikesan di mukim Klang sementara 45 lagi di Kapar.

Agensi itu memaklumkan Hulu Langat merekodkan 48 kes, dengan 41 daripadanya di Kajang, Semenyih (lima), Beranang (satu) dan mukim Hulu Langat (satu).

“Petaling pula mencatatkan 19 kes iaitu Damansara (15), mukim Petaling (dua), Bukit Raja dan Sungai Buloh masing-masing satu.

“Sementara 10 kes di Kuala Langat melibatkan Telok Panglima Garang (tujuh) dan tiga di Tanjung Dua Belas. Sepang yang merekodkan empat kes meliputi Dengkil (dua), satu di Labu serta mukim Sepang,” maklum agensi itu.

Bilik gerakan itu berkata Hulu Selangor melaporkan tiga kes, dengan dua di Serendah dan satu Hulu Yam. Hanya satu kes di Gombak melibatkan kawasan Batu.

Berikut maklumat kes mingguan antara 9 hingga 15 November:

  • Jumlah kes positif: 1,475 (1,467 tempatan, lapan import)
  • Jumlah kes tertinggi: 364 (13 November)
  • Jumlah kes tempatan sembuh: 1,160
  • Jumlah kes import sembuh: Lapan
  • Jumlah kes kematian: Tiada
Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Petaling catat kes harian tertinggi

SHAH ALAM, 21 OKT: Petaling mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor hari ini selepas 43 kes baharu dilaporkan.

Berdasarkan data Bilik Gerakan Negeri Selangor, daerah Sepang dan Gombak turut merekodkan angka tinggi dengan 16 serta 14 kes.

“Kuala Langat pula 11 kes, Hulu Langat dan Kuala Selangor masing-masing 10, Klang (sembilan) juga Hulu Selangor (tiga).

“Terdapat dua kes import iaitu jangkitan dari Nepal dan Emiriah Arab Bersatu menjadikan keselurahan kes negeri sebanyak 3,605,” menurut laporan itu.

Selain itu, sebanyak 67 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan keseluruhan sembuh 2,749.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan 732 kes baharu dengan 116 kes di Selangor.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: 44 kes baharu di Selangor, Petaling catat 17 kes

SHAH ALAM, 10 OKT: Selangor mencatatkan 44 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,575 kes.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor, kes tertinggi direkodkan di Petaling dengan 17 kes, 14 saringan kontak rapat, dua hasil saringan berfokus manakala satu dari kes bergejala.

“Gombak mencatatkan tiga kes diikuti Sepang dengan angka sama, Kuala Langat (tujuh) serta Hulu Langat dan Klang (masing-masing empat).

“Hari ini juga 74 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital selain tiada kematian baharu dilaporkan dengan jumlah kekal 24 kes,” menurut laporan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 374 kes lagi jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,096 kes.

Sebanyak 4,161 kes direkodkan aktif dengan kebolehjangkitan selain pertambahan tiga kematian menjadikan 155 kes keseluruhan.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor turun, hanya dua kes hari ini

SHAH ALAM, 25 SEPT: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini berbanding tiga semalam dengan satu kes penularan tempatan.

Menerusi Twitter, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,222.

Sementara itu, data Bilik Gerakan Negeri Selangor menjelaskan dua kes baharu itu melibatkan satu kes dari daerah Petaling dan satu lagi membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari Indonesia.

Kementerian Kesihatan melaporkan Malaysia merekodkan 111 kes baharu hari ini dengan jumlah kes sembuh ialah 30 kes.