SHAH ALAM, 14 JAN: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menawarkan RM1,000 kepada pemenang hadiah utama pertandingan mencipta logo Anak Istimewa Selangor (ANIS).
Pertandingan mulai kelmarin hingga 28 Januari ini terbuka kepada warganegara dengan setiap peserta boleh menghantar seberapa sebanyak penyertaan, kata agensi itu.
“Hanya satu logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk, ditiru, diciplak daripada mana-mana logo dan slogan tempatan mahupun luar negara,” katanya di Facebook.
Menurut yayasan itu, semua logo yang diterima akan menjadi hak milik Jabatan ANIS dan tidak akan dikembalikan selain penganjur berhak mengubah suai reka bentuk jika perlu.
Mereka yang berminat boleh mengisi maklumat di https://docs.google.com/…/1CzlmvyXFAgsIInG-WkydzexYXWb…/edit dan e-mel penyertaan ke [email protected].
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 14 Februari 2022 di Facebook Anak Istimewa Selangor.
Berikut spesifikasi reka bentuk logo:
- Menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x @9.7cm) dalam bentuk cetakan (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy) menggunakan Format AI atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 (dpi) atau menggunakan perisian yang bersesuaian
- Memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo ANIS bertemakan ANAK ISTIMEWA ANAK KITA dan simbol serta warna yang digunakan dapat menterjemah fungsi logo
- Reka bentuk mempunyai sekurang-kurangnya dua warna tetapi tidak melebihi empat warna
- Menarik, jelas, mudah dan kemas