Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Kaedah ‘henti dan maju’ selesai saringan individu dalam tempoh 10 minit

DAMANSARA, 25 MEI: Kaedah ‘henti dan maju’ yang pertama kali diperkenalkan hari ini berjaya melancarkan proses Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri.

Pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO) berkata inisiatif itu membolehkan penyaringan setiap individu dilaksanakan dalam tempoh kurang 10 minit selepas pendaftaran.

“Peserta perlu ‘henti’ di khemah bagi mendapatkan kod QR, kemudian mereka perlu ‘maju’ ke kawasan saringan dan disaring yang mengambil masa antara tiga hingga enam minit sebelum selesai sepenuhnya

“Hari ini kita lihat proses saringan di DUN Bandar Utama dan Kampung Tunku berjalan lancar meskipun ramai hadir,” kata Dr Muhammad Farhan Rosli kepada SelangorKini.

Beliau berkata pendekatan itu diambil susulan angka pendaftaran tinggi pada saringan sebelum ini terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

“Selain itu slot janji temu yang disediakan menerusi aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) turut membantu urusan saringan,”katanya.

Sejak 8 Mei lalu, seramai 36,780 individu menyertai 20 Saringan Komuniti Covid-19 melibatkan DUN sekitar Gombak, Hulu Langat serta sebahagian Petaling.

Categories
SELANGOR

Kajian Tahap Perkhidmatan Jalan selesai masalah kesesakan Damansara

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 9 JULAI: Kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) khususnya waktu puncak dijangka selesai selepas kajian tahap perkhidmatan jalan (LOS) dijalankan bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPJ, Ismail Shafie, berkata ia meliputi cadangan penambahbaikan bagi pembinaan yang akan dilaksanakan oleh MBPJ dan pemaju swasta.

Katanya, antara kawasan lalu lintas yang akan dinaik taraf adalah Damansara Damai, Sri Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Kota Damansara, Bandar Utama, Kampung Kayu Ara, Tropicana, Ara Damansara, SS, Seksyen dan Petaling Jaya Selatan (PJS).

jalan sultan mbpjBeliau berkata, ketika ini, LOS di kawasan yang terbabit berada di tahap C dan keadaan berkenaan akan meningkat ke tahap E dalam masa 10 tahun lagi, jika tiada sebarang langkah diambil.

“Sebagai contoh, kawasan Damansara Damai mempunyai satu laluan keluar sahaja dan kita mempunyai tiga cadangan untuk dilaksanakan penambahbaikan.

“Usaha LOS ini bagi melancarkan pergerakan di kebanyakan lalu lintas di Petaling Jaya,” katanya dalam taklimat kajian lalu lintas di Petaling Jaya, di sini.

Antara cadangan penambahbaikan di kawasan Damansara itu adalah pembinaan ramp u-turn, pembinaan jalan sambungan dari jalan PJU 10/1C ke Jalan PJU 10/9 serta pembinaan jalan sambungan dari Damansara Sutera ke Jalan SD 13/3.

“Kita mencadangkan penyambungan jalan ke Sri Damansara dari dulu lagi tetapi mendapat bantahan penduduk. Namun, kita terpaksa teruskan juga penyambungan ini kerana kawasan Damansara Damai terjejas teruk ekoran lalu lintas yang padat.

_MG_7217“Bagi kerja penambahbaikan di sini, MBPJ akan mewujudkan tabung amanah yang dikutip daripada bakal pemaju di Damansara Damai bagi menjalankan cadangan itu,” katanya.

Bagi kawasan Sri Damansara, 10 cadangan penambahbaikan yang keseluruhannya akan dilaksanakan pemaju iaitu Damansara Perdana (1), Mutiara Damansara (3), Kota Damansara (4), Bandar Utama, Kampung Kayu Ara, Tropicana (9), Ara Damansara (3), SS (10), Seksyen (10) dan PJS (5).

Jalan utama di Petaling Jaya sudah mencapai tahap LOS yang rendah dan menyebabkan 51 peratus persimpangan utama beroperasi pada tahap F khususnya ketika waktu puncak.

Jalan berkenaan termasukLebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Sprint, Pantai Baru (NPE), Klang Utara (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan.

-NFN-