Categories
SELANGOR

Sultan: Gunakan rizab negeri secara adil

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj menyarankan Kerajaan Negeri sentiasa menggunakan rizab negeri dengan konsep keadilan dalam pengagihan atau ‘distributive justice’.

Baginda Sultan menyifatkan rizab kewangan negeri mencapai RM3.4 bilion merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai.

DNS 2016“Beta berkenan langkah Kerajaan Negeri menggunakan kedudukan kewangan mantap itu dengan konsep terbabit,” titah Baginda Sultan di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini.

Baginda Sultan turut memuji kejayaan langkah Kerajaan Negeri meningkatkan peratusan perbelanjaan pembangunan kepada 50 peratus dan mengurangkan perbelanjaan mengurus kepada 50 peratus.

“Langkah ini diambil demi kepentingan rakyat selaras konsep negeri pembangunan atau ‘developmental state’.

“Beta percaya keputusan ini diambil hasil kekayaan dicapai tahun lalu apabila Selangor mencatatkan lebihan hasil sebanyak RM557 juta.

“Biarpun negara berdepan cabaran domestik dan global yang suram, beta bersyukur negeri beta berjaya mencatatkan prestasi menyakinkan,” titah Baginda Sultan.

EZY

Categories
SELANGOR

Kekal prinsip Islam sebenar, elak fahaman radikal

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 MAC : Umat Islam perlu berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan berpandukan ajaran Islam sebenar, titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda Sultan bertitah, prinsip termaktub dalam ajaran itu memenuhi tuntutan ilmu duniawi dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan sentimen keagamaan dicetuskan pihak tidak bertangungjawab.

DNS 2016“Umat Islam di dunia hari ini berhadapan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal dan gerakan militan serta ajaran sesat akibat salah faham terhadap ajaran suci Islam.

“Untuk menghadapi cabaran ini, umat Islam mesti berpegang kepada ajaran dan amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan bertitah demikian semasa pembukaan Sidang Dewan Selangor Ketiga Belas Bagi Penggal Keempat.

Sebelum ini wujud kebimbangan masyarakat berhubung penyebaran dakwah tidak bertepatan prinsip dan ajaran Islam di negara ini.

Ini termasuk penularan dakyah dan ajaran sesat disebarkan pihak tidak bertangungjawab.

Baginda Sultan berharap masyarakat tidak terpengaruh dengan ajaran itu dan kekal berada pada landasan Islam sebenar sekaligus menjadikan Selangor sebagai pusat rujukan Islam dihormati.

“Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu dengan memberikan keseimbangan antara ilmu agama bagi memenuhi tuntutan fardhu ain dengan tuntutan ilmu duniawi.

“Beta berkenan menjadikan negeri Beta penanda aras kepada kemunculan rantau ini sebagai pemimpin peradaban dunia Islam,” titah Baginda Sultan.

EZY

Categories
SELANGOR

Jadikan Selangor hab aeroangkasa

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj mahu Kerajaan Negeri komited mewujudkan hab aeroangkasa di negeri itu.

Baginda Sultan bertitah Kerajaan Negeri mampu menyediakan tenaga kerja mahir dan persekitaran kondusif ekoran keupayaan Selangor yang berada di kedudukan strategik dan ‘supply chain’ industri terbabit.

DNS 2016“Selangor sudah mencipta nama dalam beberapa bidang industri.

“Hari ini, Selangor merupakan nadi kepada industri aeroangkasa dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pembuatan komponen aeroangkasa di Asia Tenggara,” titah Baginda Sultan di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini.

Titah Baginda Sultan lagi, dengan adanya tiga buah Taman Teknologi Aeroangkasa yang baru di Selangor bakal mampu menjana pelaburan sebanyak RM2.83 bilion.

“Menurut Laporan Asia Aerospace City Business Consulting Centre, lebih 60 peratus daripada pemain utama industri ini sudah bertapak di  Selangor.

“Ia memperkukuhkan lagi negeri beta dan beta berkenan jika Selangor dapat dibangunkan sebagai hab aeroangkasa di rantau ini,” titah Baginda Sultan.

EZY