Categories
NASIONAL

Ringgit kekal berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, di tengah-tengah kebimbangan pasaran mengenai pertumbuhan ekonomi global serta tempoh ‘bertenang’ perang perdagangan AS-China, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada pada paras 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1350/1380 pada Rabu.

Mengulas prestasi ringgit, Rakan Pengurus Vanguard Markets Stephen Innes berkata walaupun berlatarbelakangkan kebimbangan pasaran, para pelabur sebaliknya lebih berminat untuk mendapatkan pulangan susulan kejatuhan hasil Kertas Perbendaharaan 10 tahun.

“Ini akan mewujudkan persekitaran yang lebih ‘mesra’ risiko dan seterusnya mendorong kepada rangsangan terhadap ringgit pada hari ini,” katanya menerusi emel kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8369/8407 daripada 3.8379/8411 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6668/6714 daripada 4.6672/6722.

Unit tempatan itu bagaimanapun turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0501/0527 daripada 3.0499/0532 pada Rabu dan rendah berbanding pound kepada 5.2018/2064 daripada 5.1973/1035, sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.14 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Ringgit dibuka rendah pada Selasa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Julai akan memihak kepada mata wang Amerika Syarikat itu, kata peniaga.

Rakan Pengurusan Vanguard Markets Stephen Innes berkata trend itu dijangka kekal sehingga data senarai gaji bukan ladang AS diumumkan pada Jumaat, dan memegang kunci kepada mana-mana unjuran pengurangan kadar Fed.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar US daripada 4.1350/1400 semasa ditutup pada Isnin.

Mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung perang perdagangan antara AS dan China, Innes berpendapat gencatan perang perdagangan mungkin bersifat sementara, dan trend yang lebih membina untuk mata wang sedang pesat membangun Asia berbanding euro.

“Sebarang pengurangan kadar akan memberi impak negatif kepada ringgit.

“Pasaran juga terus cenderung kepada kedudukan bahawa AS boleh meningkatkan ketegangan perdagangan sekali lagi, dan semakin lama gencatan tersebut, semakin positif ini boleh menjadi sentimen risiko,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8174/8222 daripada 3.8181/8234 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6712/6773 daripada 4.6816/6890.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.2342/2397 daripada 5.2279/2359 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0517/0558 daripada pada Isnin.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong minat baharu daripada pelabur asing mengenai prospek ekonomi Malaysia.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1760/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1800 semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata sentimen meningkat disebabkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan lawatan kerja ke London dan menyatakan pelabur di United Kingdom (UK) yakin dengan potensi ekonomi Malaysia dan menunjukkan minat untuk melabur di negara ini.

“UK telah menjadi rakan dagangan dan pelaburan yang penting kepada Malaysia. Sentimen positif ini bukan sahaja dikongsi oleh UK tetapi pelabur global yang lain berikutan mereka perlu mencari lokasi lebih selamat untuk melabur disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata ketegangan perdagangan antara AS dan China mula memberi impak kepada pelbagai sektor terutamanya teknologi dan pembuatan dan Malaysia dapat meraih manfaat daripadanya.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka mengadakan pertemuan di Sidang Kemuncak G20 di Osaka pada 28 dan 29 Jun, dan penganalisis mengharapkan gencatan ke atas perang perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang lain.

Ia tinggi berbanding pound kepada 5.2355/2421 daripada 5.2576/2635 semasa ditutup semalam, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.6871/6925 daripada 4.6828/6866.

Unit tempatan rendah berbanding yen kepada 3.8471/8518 daripada 3.8448/8486 semalam dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0471/0506 daripada 3.0467/0493.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.20 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Ringgit dijangka menyusut kepada RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ekoran kekurangan dagangan susulan cuti umum.

Pasaran akan ditutup pada Isnin untuk cuti Hari Wesak dan Rabu bersempena cuti Nuzul Al-Quran.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Asia-Pasifik Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, aktiviti pasaran pada minggu yang singkat dijangka perlahan.

“Ringgit akan menyusut ke paras RM4.20 berbanding dolar US sebelum pulih ke paras lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Penganalisis FXTM, Han Tan berkata ringgit dijangka bergerak seiring dengan mata wang Asia yang lain, memandangkan sentimen risiko global kekal goyah sementara menunggu hala tuju prospek perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

“Dengan China dan AS yang dilihat akan mempergiatkkan lagi retorik konfrontasi, risiko mungkin akan terus menyelubungi aset pasaran negara sedang pesat membangun selagi pemuktamadan secara rasminya perdagangan AS-China gagal dicapai,” katanya.

Beliau berkata Asia dikenali kerana bergantung kepada momentum ekonomi China; oleh itu, risiko terhadap prospek di rantau ini tidak harus diketepikan jika ekonomi China mengalami kelembapan berikutan pertikaian perdagangan dengan AS.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar US, terjejas oleh perkembangan rundingan perdagangan AS-China yang tidak menggalakkan dan sikap berhati-hati dengan pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama (Q1) oleh Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, Tan berkata, ringgit adalah antara mata wang yang mencatatkan prestasi lebih baik di Asia minggu ini walaupun sentimen risiko terus menyelubungi pasaran serantau di tengah-tengah peningkatan ketegangan AS-China.

“Ringgit melonjak berikutan pengumuman KDNK Q1 pada Khamis yang membuktikan kekukuhannya, mendorongnya meningkat semula dan kembali diniagakan di atas paras 4.17 berbanding dolar US.

“Namun, teras KDNK Q1 yang lebih baik daripada jangkaan telah memberikan daya tahan kepada asas domestiknya, yang akan diuji sepanjang tahun ini oleh cabaran luaran yang akan menekan pasaran negara sedang pesat membangun,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit jatuh ke paras 4.1750/1780 berbanding dolar US daripada 4.1570/1600 sebelumnya.

Ia diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0335/0368 daripada 3.0503/0534 tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8051/8093 daripada 3.7843/7880.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3265/3324 daripada 5.4091/4147 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6601/6652 daripada 4.6683/6733.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0750/0830 berbanding dolar US daripada 4.0700/0750 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata ringgit dan mata wang Asia sedang pesat membangun yang lain menerima tekanan daripada dolar AS yang lebih kukuh sejajar dengan sentimen yang merosot mengenai pertumbuhan global yang lembap.

“Permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS turut didorong oleh tanda-tanda ekonomi lemah yang berterusan di Eropah dan tumpuan peserta pasaran dijangka beralih kepada rundingan perdagangan AS-China yang akan datang, dijadualkan diadakan di Beijing pada minggu ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6941/7024 daripada 3.6853/6901 semasa ditutup pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding pound British kepada 5.3704/3814 daripada 5.3744/3819.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0049/0111 daripada 3.0068/0107 dan naik berbanding euro kepada 4.5832/5934 daripada 4.5910/5970 semalam. –BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US kerana aktiviti pengambilan untung muncul selepas mata wang tempatan itu didagangkan tinggi berbanding dolar US sejak empat hari lalu.

Pada 9.02 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1540/1590 berbanding dolar US daripada penutup Selasa sebanyak 4.1450/1500.

Seorang peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah, ditambah dengan kebimbangan sama ada Amerika Syarikat dan China akan dapat menyelesaikan perang perdagangan mereka berikutan rundingan baru-baru ini, juga menghambat minat pelabur.

“Faktor ini juga mempengaruhi prestasi ringgit,” tambahnya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0399/0455 daripada 3.0393/0441 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.6813/6867 daripada 3.6756/6810.

Bagaimanapun, berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7102/7163 daripada 4.7299/7376 dan meningkat berbanding pound kepada 5.2810/2886 daripada 5.3089/3166.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) bulan depan telah mengekang permintaan untuk mata wang tempatan.

Pada 9.17 pagi, ringgit berada pada 4.1940/1970 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata dolar AS meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan semalam memandangkan peserta pasaran amat yakin bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah bulan depan, sekali gus memperbaharui kelemahan ringgit.

Beliau berkata, selain itu, harga minyak mentah yang rendah juga menjejaskan sentimen pelabur terhadap ringgit, kerana kemerosotan harga akan mempengaruhi hasil minyak dan gas negara.

Niaga hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa merosot US$1.20 kepada US$68.97 setong, manakala minyak mentah AS turun 82 sen kepada US$59.11 setong.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah.

Ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.7090/7128 daripada 4.7113/7175 ketika ditutup semalam.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0293/0319 daripada 3.0265/0299, lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6903/6936 daripada 3.6739/6780 semalam, dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3926/3969 daripada 5.3765/3833 semalam.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah berbanding dolar AS pada sesi pagi

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Ringgit rendah berbanding dolar US pada sesi pagi, hari ini, berikutan permintaan yang lemah, memandangkan peniaga menjangka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan terus mengetatkan dasar monetari

Pada 9.11 pagi, ringgit adalah 4.1800/1850 berbanding dolar US daripada 4.1780/1810 yang direkodkan pada 6 petang pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, sentimen belian untuk ringgit lemah selepas Rizab Persekutuan mengesahkan cadangan meningkatkan kadar faedah sebanyak 24 mata asas pada Disember, juga dua lagi potensi peningkatan pada pertengahan 2019.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0310/0357 daripada 3.0315/0341 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6680/6733 daripada 3.6685/6714.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4093/4162 daripada 5.4343/4386 dan meningkat berbanding euro pada 4.7343/7403 daripada 4.7362/7413.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah 4.1440/1470 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1440/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1420 ketika ditutup pada Selasa.

Dolar AS terus meningkat dengan ekonomi negara maju itu menunjukkan kekukuhan ketika kebimbangan mengenai tekanan yang menyelubungi pasaran pesat membangun, katanya.

Di pasaran tempatan, ringgit diniagakan dalam keadaan tidak menentu memandangkan pelabur menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini, yang dijadualkan berakhir pada 3 petang.

“Kami menjangkakan bank pusat mengekalkan penanda aras kadar faedah yang tidak berubah,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0092/0140 daripada 3.0050/1100 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.8004/8055 daripada 4.7803/7877.

Mata wang tempatan juga susut berbanding pound Britain kepada 5.3267/3310 daripada 5.3016/3100 pada Selasa namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7119/7156 daripada 3.7136/7191. –

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 1 OGOS: Ringgit beralih daripada aliran penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini dengan sentimen dipacu oleh peningkatan semula harga minyak.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.0610/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0670 yang dicatat pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes, berkata ini juga sejajar dengan pertikaian dagangan Amerika Syarikat-China yang kini reda dan turut memulihkan sentimen risiko terhadap ringgit.

“Bagaimanapun, senario yang menghampiri mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) selama dua hari, akan menyaksikan dolar AS terus bertahan.

“Selain mesyuarat itu, kalangan pedagang turut berharap kepada data penggajian yang akan terus memberi sokongan kepada dolar AS dan sebaliknya mengehadkan kenaikan ringgit,” katanya.

Berbanding mata wang lainnya, ringgit turut diniagakan tinggi.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6314/6356 daripada 3.6433/6472 pada Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9814/9848 daripada 2.9829/9860.

Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.3264/3333 daripada 5.3453/3522 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7469/7528 daripada 4.7626/7682.

– BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 27 JUL: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka hari ini, menjejaki penurunan harga minyak mentah selain pelabur menunggu data ekonomi negara maju itu.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0700/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0630 ketika ditutup semalam.

Dalam nota hari ini, Public Investment Bank Bhd. berkata, tempahan dan penghantaran barangan modal utama AS meningkat pada Jun sekali gus menunjukkan pertumbuhan perbelanjaan perniagaan ke atas peralatan adalah kukuh pada suku kedua di samping data Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang akan dikeluarkan hari ini.

Kesemua faktor ini menyebabkan pasaran mengambil langkah tunggu dan lihat bagi meneliti bagaimana data ekonomi tersebut mempengaruhi pergerakan dolar AS.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9819/9848 daripada 2.9812/9862 semalam namun naik berbanding yen kepada 3.6620/6657 daripada 3.6625/6673.

Mata wang tempatan turut stabil berbanding pound Britain kepada 5.3321/3381 daripada 5.3521/3591 semalam malah kukuh berbanding euro kepada 4.7379/7418 daripada 4.7531/7606 pada Khamis lepas.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 23 JUL: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan Presiden Donald Trump bahawa China dan Kesatuan Eropah (EU) memanipulasi mata wang negara masing-masing.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0490/0540 berbanding dolar AS berbanding 4.0600/0630 penutup Jumaat.

Public Investment Bank Bhd berkata, sokongan lanjut ringgit ialah persengketaan antara Rizab Persekutuan dan Donald Trump yang mengkritik dasar monetari negara itu.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9748/9796 daripada 2.9687/9718 Jumaat dan turun berbanding euro pada 4.7551/7614 daripada 4.7315/7366.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3216/3298 berbanding 5.2861/2904 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6500/6549 daripada 3.6108/6138.

SUMBER: BERNAMA