Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.9870/9920 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut tetapi mata wang tempatan itu dijangka mencatat peningkatan daripada keadaan risiko serantau yang positif susulan sidang kemuncak AS-Korea Utara hari ini.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes bagaimanapun menegaskan dengan mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah yang akan datang, peningkatan dijangka terhad.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 3.9870/9920 daripada 3.9860/9900 dicatatkan semasa ditutup semalam.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang pagi ini.

Ia naik berbanding pound British kepada 5.3226/3309 daripada 5.3281/3342 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6150/6205 daripada 3.6223/6263 pada Isnin.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 2.9807/9856 daripada 2.9855/9897 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6835/6906 daripada 4.6987/7054 dicatatkan sebelum ini.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.9100/9130 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 20 MAC: Ringgit mencatat lantunan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat hari ini.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 3.9100/9130 berbanding 3.9160/9190 semasa ditutup semalam.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata mata wang pesat membangun dan pengeluar komoditi terus mengalami penyusutan dalam persekitaran di mana pelabur mengelak mengambil risiko.

“Namun, dengan pasaran yang mula mengambil kira kecenderungan Fed untuk menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada 2018, pasaran telah mengimbangli kedudukan dolar US/ringgit dan mata wang Asia, menyebabkan ringgit tertekan,” katanya dalam nota hari ini.

Innes berkata prospek Fed mahu segera mengembalikan dasar ke paras normal dan pasaran yang mengelak daripada mengambil risiko, menjejaskan sentimen ke atas ringgit.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding euro pada 4.8261/8302 berbanding 4.8096/8137 Isnin dan turun berbanding pound British pada 5.4881/4927 daripada 5.4718/4768.

Berbanding dolar Singapura, ia menyusut sedikit kepada 2.9718/9748 daripada 2.9712/9746 semalam namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6849 / 6880 daripada 3.6936/6975.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2050/2080 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 13 SEPT: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama pada awal dagangan hari ini susulan peningkatan permintaan terhadap unit domestik itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.2050/2080 berbanding dolar AS yang ditutup pada 4.2060/2090 Selasa.

Peniaga berkata, lantunan ringgit disebabkan pengukuhan harga minyak dalam dagangan Asia manakala dolar AS masih berhati-hati kepada berita seperti ketegangan geopolitik berhubung Korea Utara melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu.

“Bagaimanapun, peniaga masih menanti data kadar faedah AS yang akan dikeluarkan sedikit masa lagi yang akan memberi petunjuk baharu kepada tukaran asing dan prestasi ringgit,” katanya.

ringgitNota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1243/1277 daripada 3.1244/1275 penutup Selasa dan menokok berbanding yen kepada 3.8179/8209 daripada 3.8341/8372 sebelumnya.

Ringgit lebih lemah berbanding pound British kepada 5.5859/5916 daripada 5.5763/5820 dan susut berbanding Euro kepada 5.0330/0382 daripada 5.0304/0352 .

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2465/2495 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 SEPT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kelemahan dalam dolar akibat data ekonomi yang lemah dan ketegangan geopolitik di Korea Utara.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagang pada 4.2465/2495 berbanding dolar AS 4.2585 / 2615 semalam.

Seorang peniaga berkata, bilangan pekerjaan yang dicipta pada bulan Ogos, pendapatan dan kadar pengangguran yang susut di AS mengurangkan jangkaan dan angka untuk pekerjaan yang dicipta pada Jun dan Julai turut disemak semula.

“Sebarang harapan bahawa dolar dapat meneruskan pemulihannya dengan laporan kerja AS yang menggalakkan, nampaknya terhenti selepas kerugian direkodkan dalam laporan pekerjaan baru-baru ini yang dikeluarkan untuk Ogos,” kata peniaga itu.

RINGGIT (NEW)Nota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1397 / 1434 daripada penutup Selasa pada 3.1416 / 1455 tetapi menyusut nilai berbanding yen kepada 3.9077 / 9115 daripada 3.8926 / 8964.

Unit tempatan melemah berbanding pound Britain kepada 5.5357 / 5401 daripada 5.5054 / 5105 semalam tetapi mengukuh berbanding euro kepada 5.0618 / 0671 daripada 5.0595 / 0644, semalam.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2660/2690 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 29 OGOS: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin lemah, di tengah-tengah ketegangan di Korea Utara dan bencana taufan di Texas, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan tidak berubah pada penutup semalam, 4.2660/2690 berbanding dolar.

Laporan berita mengenai mata wang Asia, termasuk ringgit, mengukuh hari ini selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandunya ke Utara Jepun.

“Pelabur juga melihat kepada impak banjir yang disebabkan ribut Tropika Harvey di Texas, yang digambarkan sebagai antara bencana terburuk di AS,” kata seorang peniaga.

ringgitTexas adalah kawasan penting bagi industri tenaga, kimia dan perkapalan AS, dan ia juga menempatkan kira-kira 30 peratus daripada kapasiti penyulingan AS, dan hampir separuh daripadanya kini ditutup disebabkan banjir berkenaan.

Peniaga itu berkata, dolar juga sebelum ini lemah berikutan kekurangan petunjuk mengenai dasar monetari AS, daripada Simposium Dasar Ekonomi tahunan yang diadakan Jackson Hole, minggu lalu.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1490/1524 daripada 3.1474/1510 pada Isnin dan lemah berbanding yen kepada 3.9188/9219 daripada 3.9052/9090, sebelumnya.

Unit tempatan itu merosot berbanding euro kepada 5.1034/1083 daripada 5.0902/0951 semalam dan berbanding pound, ia susut kepada 5.5155/5198 daripada 5.5019/5066, semalam.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.2810/2840 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan dolar yang lebih stabil menjelang simposium tahunan bank pusat global di Jackson Hole, bermula esok.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan 4.2810/2840 berbanding dolar daripada 4.2790/2830, semalam, lapor BERNAMA.

Seorang peniaga berkata, dolar melonjak menjelang simposium tahunan AS disebabkan pelabur menjangkakan mesej yang diberikan daripada pemimpin bank pusat menerusi simposium itu akan memberi hala tuju pasaran baharu, terutama daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen.

“Bagaimanapun, sentimen pelabur terhadap ringgit masih kekal positif selepas rizab asing Bank Negara Malaysia mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun sebanyak AS$100.40 bilion pada 15 Ogos 2017.

“Rizab asing sentiasa menjadi petunjuk keyakinan di kalangan pelabur terhadap ekonomi negara, termasuk mata wang,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.9017/9056 daripada 3.9138/9193, penutup semalam, mengukuh berbanding pound kepada 5.4835/4891 daripada 5.4925/4985, semalam.

Ringgit juga naik berbanding euro kepada 5.0289/0341 daripada 5.0291/0355, sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1406/1440 daripada 3.1399/1439, semalam.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Ringgit diramal kekal kukuh berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR 27 MEI: Ringgit diramal kekal kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan harga minyak global yang lebih tinggi, kata firma penyelidikan.

Naib Presiden FXTM Corporate Development/Market Research, Jameel Ahmad, berkata ringgit mendapat sokongan berikutan keputusan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran selama sembilan bulan lagi, yang akan menyokong selera risiko dan mata wang pasaran membangun.

“Saya menjangka prestasi mata wang tempatan akan bergerak ke arah pemulihan berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama hari ini dengan menambah ia sebahagiannya disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah AS bulan depan telah pun diambil kira oleh pasaran kewangan.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2670 dan 4.3350 berbanding dolar AS. Mata wang tempatan itu ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0844/0886 daripada 3.1056/1114 Jumaat lepas dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8452/8496 daripada 3.8723/8782 sebelum ini.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.4912/4955 daripada 5.6177/6247 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7859/7897 daripada 4.8176/8245 Jumaat lalu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4770/4810 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 21 DIS: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut dalam dagangan awal hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada 4.4770/4810 berbanding dolar AS daripada penutup 4.4780/4810 semalam, lapor BERNAMA.

Mata wang tempatan kini berada pada tahap paling rendah berbanding dolar AS, kebanyakannya disebabkan pengaruh faktor luaran.

Ketua Strategi Pemasaran FXTM, Hussein Sayed, berkata beberapa siri kenaikan kadar faedah pada 2017 akan memperlihatkan pasaran modal daripada ekonomi baharu muncul.

Situasi ini boleh menjejaskan lagi pasaran mata wang baharu muncul termasuk ringgit.

“Dengan hanya sembilan hari berbaki sebelum penutup 2016, pelabur tidak berminat untuk mengambil risiko yang besar sama ada dalam ekuiti, pendapatan tetap atau pertukaran pasaran asing, menunjukkan bahawa jajaran dagangan mungkin kekal sehingga tahun baharu,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0946/0978 daripada 3.0928/0970 pada Selasa, tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.7957/7994 daripada 3.7920/7962.

=EZY=