Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 JUL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian terhadap unit tempatan itu susulan jangkaan kenaikan lagi kadar faedah Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0605/0645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0600/0650 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata ringgit dijangka terus bergelut dalam keadaan kebimbangan akan kesan perang perdagangan ke atas ekonomi China.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9806/9851 daripada 2.9763/9806 dan susut berbanding yen kepada 3.6568/6611 daripada 3.6508/6562.

Berbanding pound British, ringgit berkurangan kepada 5.3225/3298 daripada 5.3117/3199 dan turun berbanding euro kepada 4.7341/7392 daripada 4.7193/7264.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 5 JUL: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal hari ini, memandangkan pelabur terus berada di luar kerana kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit dipetik pada paras penutup semalam iaitu 4.0440 / 0480 berbanding dolar AS.

Peniaga berkata pasaran masih mencari petunjuk menjelang pengenaan tarif AS ke atas import bernilai AS$34 bilion pada Jumaat, laporan minit mesyuarat terbaru Rizab Persekutuan AS dan data gaji perladangan AS esok.

“Ringgit akan terus mengambil petunjuk daripada sentimen risiko serantau yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9596 / 9632 daripada 2.9616 / 9651 dan bertambah baik berbanding yen kepada 3.6604 / 6650 daripada 3.6607 / 6650 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding pound Britain kepada 5.3458 / 3527 daripada 5.3417 / 3486 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7133 / 7183 daripada 4.7048 / 7111.

SUMBER: BERNAMA