Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor rai warga emas, kanak-kanak sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 11 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) semalam meraikan 100 warga emas dan kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua komunikasi korporatnya berkata mereka adalah 30 warga emas dari pusat jagaan Rumah Love and Care, Kajang serta 70 kanak-kanak dari rumah perlindungan Rainbow Home, Taman Fern Grove, Cheras dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Taman Klang Jaya, Klang yang dirai menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sesama Mara.

“Pada program itu, kesemua penerima mendapat makanan dan perabot manakala warga emas diberi alatan berkebun sementara alatan pembelajaran kepada kanak-kanak terbabit.

“Air Selangor juga mengambil inisiatif memeriksa keadaan paip dalaman rumah serta menjalankan perkhidmatan kawalan serangga bagi memastikan mereka selesa tinggal di rumah tersebut terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, Air Selangor turut memberi angpau bagi menceriakan mereka yang akan meraikan perayaan secara sederhana dalam situasi pandemik Covid-19.

“Air Selangor berharap agar bantuan itu dapat meringankan beban perbelanjaan rumah perlindungan itu sekali gus menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Bekalan air tiga wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 9 JAN: Gangguan bekalan air tiga wilayah berikutan kejadian paip pecah di Taman Sungai Sering, Cheras semalam pulih sepenuhnya petang ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh tersebut.

“Air Selangor memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan kejadian paip bocor atau pecah bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan segera,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebanyak 121 kawasan sekitar Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 70 peratus kawasan dapat semula bekalan air

SHAH ALAM, 9 JAN: Kawasan yang terjejas bekalan air akibat paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras semalam pulih 78 peratus tengah hari ini.

Tiga wilayah terkesan iaitu Hulu Langat pulih 95 peratus, Petaling dapat bekalan hingga 80 peratus sementara Kuala Lumpur sebanyak 59 peratus.

“Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan segera terutama dalam situasi pandemik Covid-19,” kata agensi itu.

“Pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.”

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri menjangka bekalan air semua kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada jam 6 petang ini.

Air Selangor menambah bantuan bekalan alternatif melalui lori tangki sedang giat digerakkan kepada pengguna yang masih terkesan.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebanyak 121 kawasan Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu.

Senarai kawasan yang menerima air berperingkat-peringkat selepas bekalan distabilkan dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kerja baiki paip pecah Jalan Sering siap 38 peratus

SHAH ALAM, 8 JAN: Pelaksanaan kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras mencapai tahap 38 peratus setakat jam 6 petang.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan menjangka kerja tersebut siap sepenuhnya jam 3 pagi esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan,” kata Elina Baseri.

Beliau berkata bantuan bekalan air digerakkan melalui lori tangki ke kawasan terjejas dan perkembangan pemulihan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sebanyak 121 kawasan Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu.

Maklumat terkini boleh didapati melalui laman sesawang www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Kawasan yang terjejas dan menerima air berperingkat selepas bekalan distabilkan seperti dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor baiki paip pecah, 121 kawasan dijangka alami gangguan bekalan

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebanyak 121 kawasan di Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sehingga esok, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata gangguan itu susulan kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu akibat kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras.

“Berikutan itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut. Bagi memastikan kerja berjalan lancar, bekalan air di kawasan terlibat ditutup bermula jam 1 petang hari ini.

“Kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 3 pagi esok, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah proses tersebut dilaksanakan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Air Selangor memaklumkan tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis.

“Pengguna disaran menyimpan air secukupnya sebelum penutupan bekalan dan menggunakannya secara berhemat sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.airselangor.com atau rujuk saluran komunikasi melalui Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air tujuh kawasan di Hulu Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 4 JAN: Tujuh daripada lapan kawasan yang terjejas bekalan air di Hulu Selangor dekat sini pulih sepenuhnya pada jam 6.30 petang tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata proses pemulihan masih dijalankan di Kampung Orang Asli dan bekalan di kawasan itu dijangka pulih 7 pagi esok.

“Bantuan bekalan air melalui lori tangki masih digerakkan kepada pengguna yang terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut dan status terkini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang di www.airselangor.com . Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Tujuh kawasan yang pulih ialah Kampung Serigala, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Lalang, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi.

Semalam, lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan kenaikan air ke tahap kritikal di muka sauk selepas hujan berterusan.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Dua kawasan di Hulu Selangor terima bekalan, enam lagi pulih esok

SHAH ALAM, 4 JAN: Bekalan air di Kampung Serigala dan Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata bagaimanapun enam kawasan lagi iaitu Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Orang Asli, Kampung Lalang, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi hanya dijangka pulih 7 pagi esok.

“Lori tangki masih digerakkan untuk membantu pengguna terjejas.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Semalam lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan kenaikan air ke tahap kritikal di muka sauk selepas hujan berterusan.

Categories
AGENSI SELANGOR

Kerja ganti injap baharu, 38 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan

SHAH ALAM, 11 DIS: Sebanyak 38 kawasan di Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 16 Disember ini, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata ia bagi memberi laluan kerja penggantian dan pemasangan enam unit injap di Jalan Besar Belia dan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang bermula 10 pagi.

“Pelaksanaan kerja tersebut membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.

“Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna pada masa hadapan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan gangguan bekalan selama 16 jam akan pulih sepenuhnya jam 2 pagi hari berikutnya.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin menasihatkan pengguna terjejas untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com .

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor serah bekalan makanan, bantu 100 penduduk miskin

SHAH ALAM, 28 NOV: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) hari ini mengagihkan bekalan makanan kepada 100 penduduk kurang berkemampuan di Flat Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Ketua komunikasi korporatnya berkata inisiatif ‘Box of Hope’ bertujuan membantu komuniti berpendapatan rendah yang kekurangan makanan asas sususulan pandemik Covid-19.

Elina Baseri berkata usaha yang dilancarkan pada 30 Jun lalu mendapat sokongan Yayasan Food Bank Malaysia dan berjaya membantu seramai 253 keluarga miskin.

“Sumbangan barang makanan boleh dibuat di lima lokasi ‘Box of Hope’ Village Grocer di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Air Selangor turut melancarkan platform baharu sumbangan melalui CIMB Bank Berhad (80-0798511-8) dengan menyertakan nota catatan bantuan inisiatif ‘Box of Hope’.

Elina berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membeli barangan makanan asas khusus kepada penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin dan kawasan luar bandar.

“Dengan pelancaran akaun bank ini, Air Selangor berharap lebih banyak individu dan organisasi yang akan bersama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan di 580 kawasan pulih sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 580 daripada 1,279 kawasan terjejas bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan pada jam 9 malam tadi.

Ketua pegawai komunikasinya berkata kawasan pulih sepenuhnya kini meningkat 45 peratus dan baki 699 kawasan di wilayah terjejas masih dalam proses pembaikan.

“Peratusan pemulihan setakat ini ialah Kuala Selangor 99 peratus, Gombak (48 peratus), Kuala Lumpur (35 peratus), Petaling (26 peratus), Klang/Shah Alam (14 peratus) serta Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing sifar peratus,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai proses pemulihan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com .

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor: 404 kawasan terima bekalan, 875 dalam proses

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebanyak 404 daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan air sepenuhnya mulai jam 6 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata manakala 875 kawasan lagi di wilayah yang terjejas masih dalam proses pemulihan.

“Peratusan pemulihan setakat ini ialah Kuala Selangor 67 peratus, Gombak (31 peratus), Kuala Lumpur (28 peratus), Petaling (17 peratus), Klang/Shah Alam (13 peratus) serta Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing sifar peratus,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pengguna disaran membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan selain menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com .

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor: Pemulihan bekalan air capai 94 peratus

SHAH ALAM, 21 OKT: Hanya 75 kawasan terbabit gangguan air tidak berjadual sejak Ahad lalu masih belum mendapat bekalan sepenuhnya, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata setakat 6 petang tadi, sebanyak 1,217 kawasan iaitu 94 peratus sudah pulih dan mendapat bekalan air bersih.

“Kuala Lumpur dan Hulu Langat pulih sepenuhnya manakala Petaling serta Kuala Sepangor melebihi 99 peratus.

“Klang/Shah Alam pada tahap 86 peratus, Gombak (83) dan Kuala Langat (75). Proses pemulihan enam peratus kawasan terjejas masih dijalankan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Menurutnya, pengguna disaran membiarkan air mengalir hingga jernih sebelum digunakan selain menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.

“Bantuan bekalan alternatif di pili awam dan pusat khidmat setempat masih disediakan untuk memudahkan pengguna selain menggerakkan lori tangki.

“Air Selangor menghargai bantuan pihak lain antaranya Pengurusan Air Pahang Berhad, Syarikat Air Terengganu, Syarikat Air Melaka Berhad, Lembaga Air Perak, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Ranhil SAJ Sdn Bhd,” katanya.

Ahad lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran mengakibatkan lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan sekitar wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.