Categories
SELANGOR

Program berbasikal mampu lahir pelumba antarabangsa

Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 14 MAC: Penganjuran pelbagai program sukan berbasikal di seluruh negeri mampu melahirkan pelumba profesional bertaraf antarabangsa khususnya bagi anak kelahiran Selangor.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ketika ini kesedaran dan minat dalam kalangan golongan belia terhadap sukan terbabit mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Contohnya, baru-baru ini, saya merasmikan Jamboree, peserta kena menunggang hampir 100 kilometer, tetapi penyertaan mencecah 2,400 pelumba amatur.
Le Tour De Langkawi di Dataran kemerdekaan Shah Alam (19)“Ini jelas membuktikan bahawa golongan muda tidak menolak sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis perlepasan Le Tour De Langkawi 2015, di sini.
Amirudin berkata, pihak persatuan sukan berbasikal dan Majlis Sukan Negeri (MSN) perlu lebih teliti dalam merangka pelan strategik daripada pelbagai program pembangunan sukan itu.
Katanya, hal itu kerana sukan terbabit menjadi trend masa kini yang perlu diberi lebih perhatian.
“Kita kena mengambil peluang untuk mengasah bakat sedia ada dan kaji bagaimana cara itu perlu dilakukan.
Amirudin1“Walaupun Selangor melahirkan atlet yang baik seperti Shahrul Afendi, namun kita masih memerlukan pelapis dalam sukan ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Negeri akan meneliti perancangan untuk pembinaan Velodram.
“Buat masa ini, kita tiada tempat untuk Velodram dan mungkin kita akan tunggu perancangan untuk itu pada masa hadapan.
“Saya rasa walaupun Terengganu masih boleh dianggap kuasa besar dalam sukan ini, tetapi tidak kurang juga dengan Selangor.
“Kita masih berada ditangga kedua atau ketiga bagi kategori kumpulan juga keseluruhan,” katanya.
-NFN-

Selangor pantau tren perbelanjaan JDT

Kerajaan Negeri memantau perbelanjaan pasukan bolasepak lain seperti JDT dan akan mengemukakan respon yang sewajarnya.

Dalam isu lain, Exco Amiruddin Shari berkata lagenda Datuk Mokhtar Dahari akan diabadikan pada nama jalan yang akan disiapkan, dan mengalu-alukan pengiktirafan kepada Datuk Misbun Sidek baru-baru ini.