Selangor pantau tren perbelanjaan JDT

Kerajaan Negeri memantau perbelanjaan pasukan bolasepak lain seperti JDT dan akan mengemukakan respon yang sewajarnya.

Dalam isu lain, Exco Amiruddin Shari berkata lagenda Datuk Mokhtar Dahari akan diabadikan pada nama jalan yang akan disiapkan, dan mengalu-alukan pengiktirafan kepada Datuk Misbun Sidek baru-baru ini.

Categories
SELANGOR

Selangor bangga kejayaan Misbun terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UTHM

Oleh: HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri berbangga dengan pencapaian Datuk Misbun Sidek menerima penganugerahan Sains Pembangunan Insan daripada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), awal Oktober lalu.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata kejayaan diraih anak kelahiran Banting itu amat membanggakan rakyat dan Selangor.

“Satu pengiktirafan yang baik. Tahun lalu juga Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor baru sahaja memberikan pengiktirafan kepada Misbun sebagai ikon sukan negeri.

misbun sidek“Ia pengiktirafan kepada Selangor dan Misbun serta keluarga Datuk Sidek,” katanya kepada Selangor Kini.

Amirudin berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memanfaatkan segala kebolehan dan pengalaman dimiliki Misbun demi kemajuan badminton negara.

“Saya berharap BAM dapat menggunakan kemampuan dan kelebihan yang ditunjukkan Misbun bagi melahirkan pemain juara seperti Datuk Lee Chong Wei, Rashid Sidek dan ramai lagi,” katanya.

Misbun, 54, bekas jaguh badminton negara dianugerahkan ijazah kehormat itu dalam Majlis Konvokensyen ke-14 UTHM di Batu Pahat, Johor, yang disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenyataan dikeluarkan universiti, anugerah itu dikurniakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan Misbun dalam pembangunan sukan tanah air khususnya badminton.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penganjur Jamin Himpunan 505 Berlangsung Dengan Aman – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 06062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Gabungan Suara Rakyat 505 hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi jalanan secara aman selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan.

2. Persuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak berkuasa menyiasat Umno-Barisan Nasional yang menurut beliau telah menghina raja Melayu.

Mengulas penahanan seorang wanita yang dituduh menghina Yang Dipertuan Agong, Nik Aziz meminta siasatan dilanjutkan kepada pemimpin Umno-BN yang sehingga ke hari ini sengaja melanggar titah mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan.

3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menunda 776 kenderaan yang terlibat dalam pelbagai kesalahan lalulintas di kawasan seliaannya dari Januari hingga awal Jun ini.

4. Bekas pemain badminton kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dianugerahkan Tokoh Sukan Selangor 2012 bagi menghargai jasa dan sumbangan besar beliau dalam memajukan sukan di negeri ini.

Categories
NASIONAL

Datuk Misbun Sidek Dianugerah Tokoh Sukan Selangor 2012

Tokoh Sukan Misbun Soidek 2012 01

SHAH ALAM 6 JUN : Bekas pemain badminton kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dianugerahkan Tokoh Sukan Selangor 2012 bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam memajukan sukan di negeri ini.

Misbun yang ditemui berkata, beliau mengharapkan pembangunan sukan badminton di negara ini terus dimajukan daripada segi infrastruktur agar dapat menyediakan pelapis terbaik.

“Terima kasih dengan penghargaan ini setelah mendapat anugerah Olahragawan Selangor pada 1981 kini pada 2013 hampir 22 tahun dan ini adalah penghargaan yang bermakna dengan apa yang disumbangkan selama ini,” kata Misbun.

Kata beliau, bakat-bakat yang dicungkil selama ini diperingkat akar umbi cukup ramai namun ketika disatu peringkat mereka tersekat.

“Jadi kita perlu melihat mengapa keadaan tersekat ini berlaku, saya harap agar ada satu pembaharuan dalam perkara ini,” kata beliau ketika ditemui selepas menerima Anugerah Tokoh Sukan Selangor 2012 di Hotel Concorde semalam

Hadiah itu yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang mewakili DYMM Sultan Selangor.

Hadir sama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tambah beliau lagi, pembaharuan sistem pembangunan sukan badminton itu adalah amat penting diberi perhatian kerana jika sistem itu betul maka proses itu akan berjalan baik.

Menerima anugerah yang sama ialah bekas atlet bola baling, Jacob Mathew.

Tokoh Sukan Jacob Mathew 2012 02