Categories
SELANGOR

Iskandar ambil PASTI Al Huda Manik Urai jadi PASTI angkat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JAN: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Huda, Manik Urai yang musnah dalam banjir lalu diambil sebagai PASTI angkat oleh Exco Perumahan, pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad.

photoPeruntukan awal RM20,000 diserahkan kepada Ketua Pemuda Pas iaitu Pengarah PASTI Kelantan, Fadhli Shaari, di Shah Alam, pagi tadi.

Kos membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu dianggarkan RM40,000.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor akan mengusahakan supaya Adun PAS Selangor yang lain mengambil PASTI angkat di Kelantan.

Turut hadir pagi tadi adalah Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridhwan.

-NFN-

Projek terbengkalai Taman Lembah Beringin akan dibangunkan semula

Exco Iskandar Abdul Samad memaklumkan pemaju penyelamat telah ditender untuk membangunkan semula projek yang sepatutnya siap pada 1999.