Categories
SELANGOR

Pemuda PAS Selangor lancar kutipan dana bantu PASTI

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 JAN: Pemuda PAS Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana di seluruh negeri sebagai usaha membantu urusan membaik pulih Pusat Asuhan Tunas Islam Pasti (PASTI) di Kelantan yang musnah teruk ekoran kejadian banjir, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak melihat kerosakan yang berlaku terhadap PASTI sebagai satu keperluan mendesak yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

pastiKatanya, hal itu berikutan PASTI adalah landasan pendidikan bagi kanak-kanak khususnya di Kelantan untuk menerima pembelajaran pra sekolah.

“Walaupun semua pihak masih menghulurkan bantuan selepas kejadian banjir, namun kita tidak boleh melupakan kerosakan dan kemusnahan yang melanda PASTI yang juga perlu dilihat secara serius.

“Justeru, Pemuda Pas Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana dari Dewan Pemuda Pas kawasan seluruh Selangor serta badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang ingin turut serta dalam usaha serta bantuan murni ini.

Syarhan-Humaizi-Abd.-Halim“Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic Pemuda Selangor iaitu 5647 9912 0668 atau menghubungi Bendahari Kehormat Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohd Razali Shaari Al Banjari di talian 0192135309 untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak RM1.8 juta diperlukan bagi membangunkan semua tadika PASTI yang terjejas di Kelantan akibat banjir besar dan bantuan projek angkat PASTI juga antara fokus utama PAS Selangor untuk membantu PASTI yang terjejas teruk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bantu bangunkan semula PASTI Kelantan

GOMBAK, 19 JAN: Sebanyak RM1.8 juta diperlukan bagi membangunkan semua tadika Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI) yang terjejas di Kelantan akibat banjir besar baru-baru ini.

Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata bantuan projek angkat PASTI juga antara fokus utama untuk membantu PASTI yang terjejas teruk.

DSC_0040Dalam pada itu, kempen RM1 kepada setiap ibubapa pelajar PASTI turut dilancarkan.

Hasbullah juga turut menyampaikan sumbangan cek kepada Nor Azariza Mohd Alawi, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan yang mewakili Pengarah PASTI Negeri Kelantan, Fadhli Shaari, yang disaksikan Setiausaha PASTI Kota Bharu,Marwan Husin.

Beliau turut melawat Pasti Muaz Bin Jabal di Taman Guru Kota Bharu dan Pasti Al-Munawwarah di Bunut Payung.

Selain dari itu, sumbangan perkakas elektrik, pakaian dan makanan turut disumbangan kepada mangsa menerusi Penyelaras Dun Galas di Gua Musang,Abdullah Husin melalui hasil kutipan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Pihak PKM turut mengadakan Program Jom Shopping ‘Back To School’ kepada kanak-kanak mangsa banjir seramai 50 orang di Pusat Beli Belah Gedung Ten Ten Bandar Baru Gua Musang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir. Iskandar Abd. Samad juga sebelum ini telah menyalurkan RM40,000 dan PASTI Selangor menyerahkan RM20,000 namun jumlah itu masih belum mencukupi memandangkan kerosakkan itu besar.

EZY

Categories
SELANGOR

Bantu bina semula PASTI pasca banjir demi kepentingan pelajar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SIJANGKANG, 11 JAN : Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor perlu memiliki semangat kebersamaan untuk membangunkan semula Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kebanyakannya musnah ekoran bencana banjir baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata adalah penting bagi semua pihak terutama Adun PAS mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan PASTI sebagai keperluan anak-anak di sana.

10931453_10200108873121500_7745487605682419786_n“Itu antara keperluan yang berlaku kerana saya lihat terdapat beberapa buah PASTI memang ditenggalami air dan ada yang tak dapat beroperasi atau berfungsi.

“Kita perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk pembangunan semula PASTI demi kepentingan anak-anak yang menerima pembelajaran di Pantai Timur,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad mengambil PASTI Manik Urai di Kelantan yang musnah dalam banjir sebagai PASTI angkat dengan peruntukan awal sebanyak RM20,000.

Dianggarkan kos untuk membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu adalah berjumlah RM40,000.
EZY

Categories
SELANGOR

Iskandar ambil PASTI Al Huda Manik Urai jadi PASTI angkat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JAN: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Huda, Manik Urai yang musnah dalam banjir lalu diambil sebagai PASTI angkat oleh Exco Perumahan, pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad.

photoPeruntukan awal RM20,000 diserahkan kepada Ketua Pemuda Pas iaitu Pengarah PASTI Kelantan, Fadhli Shaari, di Shah Alam, pagi tadi.

Kos membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu dianggarkan RM40,000.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor akan mengusahakan supaya Adun PAS Selangor yang lain mengambil PASTI angkat di Kelantan.

Turut hadir pagi tadi adalah Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridhwan.

-NFN-