Categories
SELANGOR

RM400,000 untuk mangsa ribut Felda Soeharto

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 11 JUL: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM400,000 bagi membantu mangsa ribut di Felda Soeharto, Hulu Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang selesai tengah hari tadi.

Katanya, sehingga kini terdapat 139 keluarga dikenal pasti dalam kejadian berkenaan.

“Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerusi dana rogram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) akan membaiki rumah rosak di samping turut dibantu agensi lain.

“Yang pentingnya kita akan membaikinya dan memberi sumbangan diperuntukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa ribut di Dewan Serbaguna Kampung Laksamana, di sini, hari ini.

Pada 5 Julai lalu, sekurang-kurangnya 20 rumah di Felda Soeharto mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, ribut yang melanda kira-kira 20 minit turut menyebabkan empat keluarga peneroka di Felda terbabit terpaksa menumpang di Dewan Orang Ramai berhampiran kerana rumah mereka rosak teruk.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

Categories
SELANGOR

Asnaf Dan Pelajar Cemerlang SPM Felda Sungai Dusun Diraikan

HULU SELANGOR, 27 APRIL : Pelajar asnaf di Gugusan Felda Sungai Dusun menerima sumbangan bantuan pelajaran daripada Kerajaan Selangor dalam satu majlis di sini hari ini.

Seramai 60 pelajar asnaf daripada empat tanah rancangan Felda di sini menerima sumbangan bantuan berupa wang tunai RM100.

Bapa salah seorang penerima sumbangan pelajar asnaf, Razali Saidin, 58, dari Felda Sungai Tengi Selatan menzahirkan rasa terima kasih diatas sumbangan yang disalurkan.

“Bukan nilai sumbangan yang patut jadi buah mulut rakyat, pada saya walaupun sumbangan itu tidak seberapa, sekurang-kurannya ia meringgankan beban kami dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Majlis hari ini jelas membuktikan kerajaan negeri hari ini ikhlas membantu keluarga pelajar asnaf di kawasan pendalaman,” ujarnnya.

Pelajar tersebut adalah dari Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa.

Di majlis yang sama, 40 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dari kawasan yang sama turut menerima sumbangan RM100 sebagai meraikan kejayaan anak Felda Selangor.

Pelajar 9A SPM, Nur Aini Habibah Rusdi, 18, dari Felda Sungai Tengi ketika ditemui TVSelangor melahirkan rasa terharu diatas sumbangan yang diterimanya hari ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan majlis bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar luar bandar seperti hari ini.

“Majlis ini juga akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang lain di tanah rancangan ini untuk terus memajukan diri dan berjaya di dalam akademik, ia wajar diteruskan untuk tahun-tahun akan datang” ujarnya.

Majlis tersebut berlangung ditapak pasar selasa, Pekan Felda Gedangsa dan dirasmikan oleh Penyelaras DUN Batang Kali, Khalid Jaafar.

Hadir sama Pengerusi Sekateriat Task Force Felda Selangor, Samsul Iskandar Mohd Akin.

ends