Categories
AGENDA GLOBAL

Mangsa maut gempa bumi kuat Turki melonjak kepada 29

ELAZIQ (TURKEY), 26 JAN : Jumlah kematian akibat gempa bumi di timur Turki meningkat kepada 29 mangsa ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari penduduk terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gempa berukuran 6.8 itu melanda Jumaat lalu dengan pusat gempa direkodkan di pekan pinggir tasik, Sivrice dalam wilayah Elaziq, dan turut dirasai sehingga ke negara jiran, lapor AFP.

Agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turki (AFAD) berkata, 20 maut di Elaziq dan Malatya manakala hampir 1,500 lagi mengalami kecederaan.

Jumlah terkini itu diperoleh ketika Sivrice dilanda gempa susulan berukuran 5.1 lewat semalam.

Susulan kejadian, Presiden Recep Tayyip Erdogan membatalkan sesi ucapan di Istanbul dan menghadiri upacara pengebumian seorang wanita dan anak lelakinya di Elaziq, sebelum mengadakan lawatan ke Malatya.

Beliau memberi jaminan, kerajaan akan melakukan segala usaha bagi membantu mangsa yang terjejas dalam bencana itu.

Sementara itu AFAD melaporkan, 43 penduduk berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan di Elaziq dalam keadaan selamat manakala 19 lagi masih terperangkap.

Rangkaian berita Turki turut menyiarkan rakaman langsung operasi menyelamat semua mangsa, termasuk seorang wanita dikenali sebagai Azize, iaitu individu bertanggungjawab menghubungi pihak berkuasa bagi meminta bantuan.

Categories
GLOBAL

Gempa 5.1 magnitud gegar barat daya Turki

ISTANBUL 25 NOV: Gempa bumi 5.1 magnitud menggegar barat daya Turki pada kira-kira jam 9.49 malam (waktu tempatan) semalam, lapor Pusat Pemantau dan Institut Penyelidikan Gempa Bumi Kandili, Turki.

Pusat gempa terletak di daerah Aricilar-Ula, tenggara wilayah Mugla di Laut Aegean pada kedalaman 6.3 kilometer (km), menurut pusat pemantau berkenaan.

Setakat ini tiada sebarang laporan kematian atau kerosakan diterima akibat gempa bumi itu lapor REUTERS.

=EZY=