Categories
AGENDA NASIONAL

Permohonan pindah kes Goldman Sachs ke Mahkamah Tinggi 31 Oktober

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pihak pendakwaan telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai US$6.5 bilion berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan kepada Majistret Mohamad Fared Abdul Latif bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Oktober untuk sebutan permohonan itu.

Mohamad Fared menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kes bagi mengetahui perkembangan permohonan tersebut.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Golden Sachs.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah ketika ditemui media berkata permohonan untuk memindahkan kes itu difailkan Jumaat lepas.

Pada 19 Disember 2018, pendakwaan menfailkan empat pertuduhan ke atas Goldman Sachs dan didakwa telah meninggalkan fakta-fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak-anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013, di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Pertuduhan di bawah subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 182 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Disember tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pendakwaan mohon kes Goldman Sachs dipindah ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Pihak pendakwaan dalam kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai AS$6.5 bilion berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahu supaya kes itu dpindahkan daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif menetapkan 22 Oktober untuk pengurusan lanjut kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memohon tarikh lain untuk memfailkan permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Golden Sachs, tidak membantah permohonan itu semasa pengurusan kes itu hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah ketika ditemui media berkata, permohonan untuk memindahkan kes itu akan dibuat secara formal dan dokumen akan difailkan.

Pada 19 Disember 2018, pendakwaan menfailkan empat pertuduhan ke atas Goldman Sachs dan didakwa telah meninggalkan fakta-fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak-anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013, di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Pertuduhan di bawah subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen 182 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Disember tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa ,46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

1MDB: Pengurusan kes Goldman ditetapkan 30 September

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 30 September untuk pengurusan kes syarikat Goldman Sachs Group Inc yang menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai US$6.5 bilion yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif yang menetapkan tarikh itu bagi membenarkan lebih banyak masa diberikan untuk membolehkan dokumen mahkamah itu diserahkan dengan teratur kepada pasukan pembelaan oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Golden Sachs, memohon tarikh sebutan baharu kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam mereka yang berada di luar negara.

Beliau juga berkata pasukan pembelaan hanya menerima tiga daripada empat pertuduhan yang diserahkan kepada unit Goldman Singapura dan ia tidak lengkap.

Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah berkata keempat-empat saman itu telah diserahkan kesemuanya memandangkan Goldman Sachs (Asia) LLC yang berpangkalan di London mempunyai dua alamat, manakala pertuduhan itu turut dihantar ke Goldman Sachs International (UK) dan Goldman Sachs (Singapura) pada minggu lepas.

Goldman Sachs menafikan semua tuduhan tersebut.

Pada 19 Disember tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs. – BERNAMA