Categories
SELANGOR

20 tahun menanti, 179 pemilik kilang terima hak milik premis

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 5 FEB: Penantian hampir 20 tahun 179 pemilik kilang di Taman Industri Subang mmembuahkan hasil apabila menerima hak milik individu hari ini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, Kerajaan Negeri bertindak kali pertama membabitkan Seksyen 97 dan Seksyen 76 di bawah Kanun Tanah Negara untuk memberi terus kepada pemilik dan bukan kepada pihak pemaju.

_MG_3669“Ini adalah unik kerana sebelum ini pejabat tanah akan beri kepada pemaju yang kemudiannya akan pindahkan kepada pemaju.

“Tetapi kali ini terus daripada pejabat tanah kepada pemilik dan menjimatkan duit kerana tidak perlu bayar yuran guaman serta kos lain.

“Cuma perlu bayar RM1,000 duit premium sahaja,” katanya.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna SS15, di sini, itu turut dihadiri Yang Di Pertuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengarah Ultramine Sdn Bhd, Ariffin Osman.

_MG_3694Pada masa sama, Hannah mengingatkan kira-kira 170 pemilik lain untuk menghantar permohonan yang akan tamat tempoh, pada Mac ini.

“Saya harap anda dapat bantu yakinkan rakan lain bahawa usaha kali ini adalah serius, bukan hanya omongan kosong seperti yang mereka alami sebelum ini,” katanya.

-NFN-