Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Harga RON95 turun hampir 40 sen, diesel hanya 12 sen

SHAH ALAM, 20 MAC: Harga runcit RON95 turun dalam jumlah agak besar sebanyak 38 sen kepada RM1.44 seliter bermula 12 tengah malam ini sejajar dengan kemerosotan harga minyak dunia.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga RON97 pula menurun 36 sen kepada RM1.74 sen, manakala diesel turun 12 sen kepada RM1.75 seliter.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Pada 18 Mac lalu, harga minyak mentah dunia turun 24 peratus lagi kepada US$20 setong, paras harga paling rendah sejak Februari 2002.

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan RON97 naik dua sen, diesel naik enam sen

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.36 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.06 seliter sementara diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.14, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 21 Februari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.06 dan RM2.14 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.04 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.08 seliter, tetapi masih di bawah had harga yang ditetapkan iaitu RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit bagi kedua-dua produk dinaikkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel turun

PUTRAJAYA, 7 FEB: Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak empat sen seliter kepada RM2.04, RON97 turun tujuh sen seliter kepada RM2.34 dan harga runcit diesel juga turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Harga runcit produk petroleum tersebut untuk tempoh 8 hingga 14 Februari, demikian diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata penurunan harga runcit itu disebabkan penurunan harga minyak global.

“Harga RON95 sebanyak RM2.04 seliter dan diesel sebanyak RM2.08 seliter ini menunjukkan penurunan yang besar dari minggu lepas (1 hingga 7 Februari) bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada RM2.11 seliter (tetapi disekat pada had runcit RM2.08 seliter) dan diesel yang berada pada paras RM2.18 seliter,” katanya.

Lim berkata kerajaan komited dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan dan telah melaksanakan penetapan harga runcit secara mingguan dengan had harga tidak melebihi RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

“Ini akan membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga runcit produk petroleum di pasaran dunia dan sebaliknya dilindungi daripada sebarang kenaikan harga melebihi RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel,” katanya.

Lim berkata subsidi produk petroleum dan gas petroleum cecair (LPG) yang dibiayai kerajaan adalah sebanyak RM6 bilion pada tahun lepas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Harga runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 31 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya ialah masing-masing RM2.19 dan RM2.26 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 25 Januari sehingga 31 Januari 2020 berjumlah RM49.30 juta.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Harga RON97 turun 9 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Harga runcit petrol RON97 turun 9 sen kepada RM2.53 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 24 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya ialah masing-masing RM2.23 dan RM2.33 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.32 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.46 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Jan sehingga 24 Jan 2020 berjumlah RM74.70 juta.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Harga runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.40 seliter dan RM2.27 seliter.

Kadar itu menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.40 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit diesel yang berada pada paras RM2.25 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan kepada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Berikutan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 23 hingga 29 November berjumlah RM111.56 juta.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 turun, RON95, diesel kekal

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 1 November.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya RM2.29 seliter masing-masing.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.38 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.31 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 26 Oktober 2019 sehingga 1 November 2019 adalah berjumlah RM87.28 juta.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel kekal

SHAH ALAM, 19 JUL: Harga runcit produk petroleum RON97 naik 10 sen kepada RM2.67 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, bagi tempoh 19 hingga 26 Julai, bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, anggaran subsidi bahan api yang perlu ditanggung Kerajaan dalam tempoh 19 hingga 26 Julai ini adalah berjumlah RM179.97 juta.

Berdasarkan pecahan tiga produk itu, jumlah tanggungan subsidi Kerajaan bagi RON95 berjumlah RM141.81 juta, RM38.16 juta bagi diesel manakala RON97 tidak diberikan subsidi.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Categories
NASIONAL

RON97 naik 4 sen, harga RON95 dan diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JUL: Harga runcit produk petroleum RON97 naik 4 sen kepada RM2.57 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, bagi tempoh 13 hingga 19 Julai, bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, anggaran subsidi bahan api perlu ditanggung Kerajaan dalam tempoh 13 hingga 19 Julai ini adalah berjumlah RM114.06 juta.

Berdasarkan pecahan tiga produk itu, jumlah tanggungan subsidi Kerajaan bagi RON95 berjumlah RM92.29 juta, RM21.77 juta bagi diesel manakala RON97 tidak diberikan subsidi.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah RM2.27 dan RM2.29 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum serta mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Categories
NASIONAL

RON97 turun 2 sen, RON95, diesel kekal

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Harga runcit petrol RON97 turun dua sen seliter daripada RM2.70 seliter kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini.

Bagi tempoh yang sama, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum serta mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Categories
NASIONAL

RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 10 MEI: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter daripada RM2.80 seliter kepada RM2.70 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Bagi tempoh yang sama, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 11 sehingga 17 Mei 2019 adalah berjumlah RM103.76 Juta,” katanya.

Categories
NASIONAL

RON97 naik 12 sen, harga RON95 dan diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 APR: Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 April sehingga 26 April ini menyaksikan RON95 dan diesel kekal manakala RON97 naik 12 sen seliter kepada RM2.80 berbanding RM2.68 minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pengekalan dua produk petroleum itu menyaksikan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik 12 sen seliter daripada RM2.38 kepada RM2.50 seliter.

“Harga diesel bagi tempoh sama (sepatutnya) naik 7 sen seliter daripada RM2.39 kepada RM2.46 seliter berikutan kenaikan harga purata minyak Dated Brent kepada USD70.98 setong bagi tempoh 11 ke 17 April lalu.

“Namun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter berikutan keputusan kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat,” katanya.