Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal hingga 24 November

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Harga runcit petrol bagi RON 95 dan RON97 masing-masing kekal RM2.05 dan RM3.08 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 November.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga kekal RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik dua sen seliter, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.63 kepada RM2.65 seliter manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok hingga 16 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik empat sen, RON95, diesel kekal

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Harga runcit petrol RON97 naik empat sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.58 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 naik lima sen, diesel kekal

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 3 Mac ini.

Harga baharu untuk RON95 kini RM2.05 seliter, manakala RON97 RM2.35 seliter, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kementerian itu lagi.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON 97 naik lima sen, diesel naik tiga sen

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Januari.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON95 dan RON97 turun empat sen, diesel satu sen

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.69).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 turun tiga sen, diesel turun lima sen

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen, manakala diesel turun lima sen bagi tempoh 19 hingga 25 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel (RM1.67).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Petrol RON95 dan RON97 turun satu sen, diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun satu sen, manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 ialah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.78)

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan tersebut.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan RON97 turun 5 sen, diesel turun 4 sen

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun empat sen bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel RM1.79.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter untuk tempoh seminggu bermula dari tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata harga runcit diesel juga kekal pada RM1.87 seliter.

Harga ditentukan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON95, RON97 naik tujuh sen, diesel naik enam sen

SHAH ALAM, 22 MEI: Harga runcit petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM1.38 seliter manakala RON97 naik tujuh sen kepada RM1.68 seliter dan diesel naik enam sen kepada RM1.51 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit produk petroleum itu ditetapkan secara mingguan menggunakan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) dengan yang terbaharu bagi tempoh 23 Mei hingga 29 Mei ini.

“Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 turun lapan sen

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 April.

Kementerian Kewangan (MOF), dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel pula turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA