Categories
SELANGOR

Laksanakan hari tol percuma di Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri diharap dapat mempertimbangkan semula cadangan mengadakan hari tol percuma, kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Beliau berkata, keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam konsesi tol Litrak Berhad (LITRAK)dan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS) perlu dimanfaatkan.

ng sze hanKatanya, insentif itu bukan sahaja dapat meringankan beban rakyat, bahkan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri melawan dasar kenaikan harga tol Barisan Nasional (BN).

“Cadangan sama pernah dikemukakan ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2014 supaya pegangan saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam KESAS dimanfaatkan dan hari tol percuma boleh dilaksanakan.

“Tetapi, ia tidak mendapat sambutan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sze Han berkata, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan SPRINT di bawah LITRAK masing-masing mencatat keuntungan sehingga RM138 juta.

tol auotmatik 1“Berdasarkan laporan 2015, jumlah kenderaan juga meningkat dua peratus berbanding tahun sebelumnya menjadikannya melebihi 500,000 kenderaan setiap hari.

“Jika dividen Kerajaan Negeri berjumlah RM27.6 juta (20 peratus) dengan mengambil contoh penggunaan lebuh raya hanya separuh pada Ahad, maka kira-kira 13 juta pengguna akan menikmati manfaat tol percuma dengan anggaran kos RM27.3 juta,” katanya.

-NFN-