Categories
NASIONAL

HELWA ABIM sokong cadangan naik had umur perkahwinan wanita

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 OGOS: Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik cadangan kerajaan menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 kepada 18 tahun.

Naib Presidennya, Nor Azura Kamarudin Sohami berkata, tindakan itu tepat pada masanya dan selaras kepentingan masa hadapan kanak-kanak seperti dinyatakan dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1989.

“HELWA ABIM melihat cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meminda had umur minimum perkahwinan wanita itu menepati seperti yang terpakai dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Tindakan dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor mengumpulkan pandangan pakar dari pelbagai bidang khususnya perubatan, undang-undang, pendidikan serta badan bukan kerajaan bagi membincangkan perkara ini selain menambahbaik peruntukan sedia ada tepat pada masanya demi kemaslahatan kanak-kanak Islam di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, selain mengetatkan syarat bersifat prosedural di peringkat permohonan perkahwinan di Mahkamah Syariah, faktor kesihatan seksual dan reproduktif harus dijadikan pertimbangan utama hakim dalam membuat keputusan, selain hak mendapat peluang serta meneruskan pendidikan.

“Kita juga ingin menggesa Majlis Agama Islam negeri lain mengadakan perbincangan khusus dan komprehensif dengan semua pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Mufti masing-masing supaya pindaan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam seperti ini disegerakan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Jenayah Terhadap Kanak-Kanak: Apa Peranan Kita?

SHAH ALAM, 1 JAN: Seramai 68 pendidik dan aktivis menyertai program Bicara Bersama Pakar: Jenayah Terhadap Kanak-kanak di Kota Kemuning, baru-baru ini.

Program anjuran Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA itu turut menerima kerjasama Helwa ABIM Shah Alam dan Institut Darul Ehsan (IDE).

Panel pertama, Presiden Family Empowerment, Prof Madya Dr Haslinda Abdullah membawa tajuk Stand Up For Our Children.

Sementara Panel kedua, Pensyarah Undang-undang KUIA , Norazla Abd Wahab pula membawa tajuk Akta Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan isu berkaitan jenayah seksual,sumbang mahram terhadap kanak-kanak.