Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Anwar alu-alukan kehadiran Tun M

SHAH ALAM, 2 SEP: Kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isterinya ke perhimpunan Bersih 4.0 di ibu kota, pada 29 dan 30 Ogos lalu disambut baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua pembangkang itu berkata demikian dalam satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya pada 1 September.

“Saya mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Ali yang turut menyertai perhimpunan Bersih 4.0,” katanya.

mahathir1Anwar turut mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan itu yang dianggap sebagai kejayaan besar dalam memenuhi tuntutan Bersih.

“Perhimpunan ini membuktikan rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

“Walaupun diugut dan dihalang pihak kerajaan, namun rakyat cekal meneruskan perjuangan perubahan atau menetang rasuah serta penipuan,” katanya.

Himpunan Bersih 4.0 berjaya menghimpunkan kira-kira 500,000 peserta yang menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Mengejutkan, himpunan selama dua hari itu turut dihadiri Tun Mahathir yang mendapat perhatian ramai.

-NFN-