Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 7 OKT: Indeks Pencemaran Udaran (IPU) hari ini mencatatkan bacaan lebih baik berbanding semalam.
Menurut laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 103, setakat jam 10.00 pagi tadi.
Sementara 36 lokasi lagi mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 51 dan 100 danĀ 15 kawasan lain berada dalam keadaan baik dengan merekodkan bacaan IPU sekitar 50 dan ke bawah.
Berbanding semalam, 15 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat membabitkan empat kawasan di Selangor iaitu Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Shah Alam masing-masing mencatatkan 107, 122, 121 dan 113.
Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 28 buah sekolah di daerah Langkawi, Kedah ditutup hari ini ekoran mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 173, semalam.
Manakala semua sekolah di negara lain dibuka seperti biasa.
Semakan lanjut untuk mengetahui bacaan IPU semasa boleh dibuat di portal http://apims.doe.gov.my
-NR-