Categories
NASIONAL

Keganasan: Jangan kaitkan Islam

SHAH ALAM 16 JAN: Tidak wajar sekali insiden keganasan dikaitkan dengan Islam khususnya dalam pelaporan berita sekalipun mungkin ia ada kaitan dengan kumpulan tertentu yang mempergunakan nama ‘Islam’.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata Islam tidak menganjurkan sebarang bentuk keganasan apatah lagi untuk menaja perbuatan terkutuk seperti itu yang ditolak oleh nilai kemanusiaan sejagat.

CYqQwBEWMAAA1rKKatanya, dikhuatiri pelaporan sebegitu memberikan paradigama salah terhadap Islam khususnya dalam kalangan bukan Islam dan terperangkap dengan permusuhan terhadap Islam yang sengaja ditaja pihak tertentu.

“Diharap Kementerian Dalam Negeri dan Polis serta Angkatan Tentera Malaysia dan semua agensi keselamatan lain berganding bahu memastikan semua aspek menjamin keselamatan negara ini berada pada tahap terbaik,” kata Khairuddin dalam kenyataan media.

Katanya, kerjasama keselamatan dengan negara ASEAN mesti ditingkatkan khususnya pada aspek risikan bagi membolehkan sebarang maklumat berkenaan ancaman dan aktiviti keganasan diokongsi pantas dan bersepadu.

Beliau berkata PAS mengucapkan takziah kepada rakyat Indonesia khususnya kepada ahli keluarga semua mangsa yang maut dan tercedera dalam insiden pengeboman di Jakarta.

“Semoga Allah membalas terhadap pelaku keganasan ini dengan hukuman setimpal,” kata Khairuddin.

EZY

ISIS Pengganas atau …?: perjuangan ISIS tidak perlu di Malaysia [3/4]

http://tv.selangorku.com

ISIS Pengganas atau …?: ISIS simtom seperti Al-Qaeda, Taliban. Puncanya? [2/4]

http://tv.selangorku.com

ISIS Pengganas atau …?: penindasan, ketidakpedulian rejim elitis faktor konflik [1/4]

http://tv.selangorku.com