Categories
NASIONAL

MetMalaysia uji siren tsunami, mohon penduduk tidak panik

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 5 OKT : Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) hari ini.

Menerusi laman facebooknya, MetMalaysia memaklumkan SAATNM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula jam 9.00 pagi ini di beberapa negeri di utara semenanjung.

met-malaysia1Ia membabitkan Kedah (Kota Kuala Muda, Kuala Kedah) dan Pulau Pinang (BTN Pasir Panjang, Kuala Sungai Burung, Kuala Sungai Pinang).

Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi ujian siren tersebut.

METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.

Sebelum ini, MetMalaysia meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang melanda beberapa negeri utara semenanjung sehingga awam pagi tadi.

Ia membabitkan Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

-NR-