Categories
SELANGOR

Lima kawasan di Selangor dijangka hujan, ribut petir

SHAH ALAM, 24 JULAI: Lima kawasan di Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir sehingga jam 10 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Kawasan tersebut di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran itu dikeluarkan pada jam 7.40 malam tadi menerusi Facebook rasmi METMalaysia.

Pada 20 Julai lalu, agensi itu melaporkan negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad (26 Julai).

Turut dijangkakan mengalami cuaca sama ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir di beberapa negeri malam ini

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan menyebut, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak dan Muallim di Perak; dan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Petaling di Selangor; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Bera dan Rompin di Pahang, Perlis dan Melaka.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Sabah

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang pada hari ini, manakala amaran sama di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Empat daerah diramal hujan hingga Ahad

SHAH ALAM, 9 DIS: Empat daerah di Selangor dijangkakan mengalami cuaca hujan dan ribut petir berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalysia) melalui portal rasminya berkata, keadaan itu membabitkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Sementara itu empat lagi daerah lain diramalkan hujan sehingga Rabu (18 Disember) sahaja, namun cuaca berubah panas pada Khamis (19 Disember) .

Bagaimanapun cuaca kembali hujan dari Jumaat (20 Disember) sehingga Ahad.

Ia melibatkan lokasi Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di laman web www.met.gov.my.

Categories
SELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir sehingga Ahad

SHAH ALAM, 9 DIS: Lima daerah di Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir berterusan sehingga Ahad ini (15 Disember).

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalysia) melalui portal rasminya berkata, keadaan itu membabitkan daerah Sabak Bernam, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun empat lagi daerah lain diramalkan hujan sehingga Khamis (12 Disember) sahaja, namun kemudiannya cuaca berubah panas sehingga Ahad.

Ia melibatkan lokasi Sepang, Kuala Langat, Petaling dan Klang.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di laman web www.met.gov.my.

Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia keluar nasihat Ribut Tropika Nakri

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan iaitu kira-kira 603 km ke barat laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada pukul 11 pagi tadi, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 540 km ke barat daya dari Manila, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat daya,” kata kenyataan itu.

Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108 km sejam.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hujan, ribut petir diramal pada Deepavali

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir berlaku di kebanyakan tempat seluruh negara semasa sambutan Deepavali esok.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, pada sebelah pagi hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang, Terengganu, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Hujan juga turut diramal berlaku pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sabah iaitu di Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan, manakala di Sarawak di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sementara pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di hampir seluruh Semenanjung serta beberapa bahagian di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kawasan di Sarawak seperti di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga dijangka mengalami ribut petir di satu dua tempat.

Pada sebelah malam pula, hujan dan ribut petir dijangka terus berlaku hampir di seluruh Semenanjung serta di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, cuaca diramal baik di Sandakan dan Kudat di Sabah, juga di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak pada sebelah malam.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Hujan dan ribut petir hingga Isnin depan di Selangor

SHAH ALAM, 22 OKT: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir secara berterusan sehingga Isnin depan (28 Oktober).

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gombak.

Kawasan lain ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan juga Sabak Bernam.

Pada 15 Oktober lalu, Unit Pengurusan Bencana Selangor melaporkan sembilan daerah di Selangor dijangkakan berisiko mengalami kejadian banjir kilat ekoran kadar taburan hujan direkodkan agak tinggi sehingga akhir tahun ini.

Laporan itu berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia Selangor meramalkan purata hujan bagi bulan Oktober adalah diantara 240 hingga 360 milimeter (mm), November (250-370mm) dan Disember (200-300mm).

Jangkaan hujan bulanan yang tinggi ini akan menyebabkan kejadian banjir dan banjir kilat.

Kerajaan Selangor turut menasihatkan penduduk di kawasan yang dikenalpasti berisiko untuk
mengambil langkah-langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke semasa.

Categories
AGENDA NASIONAL

Fasa peralihan monsun berpotensi sebabkan banjir kilat

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Fasa peralihan monsun yang membawa hujan lebat dan ribut petir dijangka tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata dalam tempoh itu, hujan lebat hanya berlaku pada waktu petang dalam masa yang singkat di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan ini (fasa peralihan monsun) biasanya tidak membawa kepada banjir yang besar tetapi ada kemungkinan akan berlaku banjir kilat sekali sekala terutama di kawasan rendah dan kawasan bandar yang mengalami masalah longkang tersumbat serta saliran yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Jailan berkata ketika fasa peralihan monsun ini, pembentukan awan yang menyebabkan ribut petir mudah berlaku berikutan tiupan angin yang lemah.

Justeru beliau menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti luar ketika hujan lebat dan ribut petir bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Jailan berkata fasa peralihan ​​​​​monsun ​yang bermula 24 September lalu selepas berakhirnya monsun barat daya dijangka berterusan sehingga minggu kedua November, sebelum beralih kepada monsun timur laut.

“Apabila monsun timur laut bermula, biasanya negeri-negeri di pantai timur akan mengalami hujan lebat yang berterusan dan boleh membawa banjir.

“Banjir (besar) kita tak pasti (bila). Tetapi hujan dijangka bermula pertengahan November hingga awal Januari yang mana biasanya Kelantan dan Terengganu mengalami hujan lebat sekitar bulan November manakala selatan Pahang dari Disember hingga Januari.

Taburan hujan lebih kurang sama dengan tahun-tahun lalu, cuma banjir besar atau tidak, kita masih belum pasti,” katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Hujan, ribut petir di Selangor hingga Sabtu depan

SHAH ALAM, 29 SEPT: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir secara berterusan sehingga Sabtu depan (5 Oktober).

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gombak.

Kawasan lain ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan juga Sabak Bernam.

Keadaan hujan diramalkan berlaku pada waktu petang di kebanyakan daerah namun pada waktu pagi dijangkakan cuaca panas.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pembenihan awan di Selangor, Perak, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Perak dan Pulau Pinang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan operasi itu menghasilkan hujan terutama di kawasan utara Semenanjung walaupun tidak secara menyeluruh iaitu di Balik Pulau dan Seberang Prai di Pulau Pinang, serta Kulim dan Sungai Petani di Kedah.

Menurut kenyataan itu, antara cabaran dihadapi pasukan OPA dalam operasi berkenaan adalah kesukaran mencari awan yang sesuai akibat jerebu tebal dan kesukaran pesawat untuk melalui kawasan sasaran di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar disebabkan bentuk muka bumi berbukit-bukau.

“Selain itu, pesawat juga mengalami kesukaran untuk meningkatkan keberkesanan OPA di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kebenaran penerbangan yang terhad sehingga ketinggian 4,000 kaki sahaja agar tidak mengganggu aliran trafik udara,” kata kenyataan itu.

Pesawat TUDM bagi operasi tersebut berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira 12.45 tengah hari dan mendarat semula di pangkalan sama pada 3.50 petang.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan atmosfera dari semasa ke semasa dan melaksanakan OPA apabila keadaan atmosfera sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu di kawasan yang terlibat selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

MET siap sedia lakukan pembenihan awan

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu di negara ini terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak akan segera dilaksanakan sekiranya keadaan atmosfera sesuai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan semalam berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui MET Malaysia sudah berada dalam keadaan siapsiaga untuk melaksanakan OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Namun operasi hanya akan dilakukan sekiranya keadaan atmosfera berada dalam keadaan yang sesuai… MET Malaysia sentiasa memantau keadaan itu dari semasa ke semasa dan akan segera melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kemungkinan untuk berlaku hujan lebat di Malaysia, selain Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang ketika ini berlaku peningkatan bilangan titik panas, adalah rendah dalam tempoh seminggu yang akan datang.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memakai penutup muka, serta turut dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.

Maklumat dan ramalan cuaca terkini daripada MET Malaysia boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial.

-BERNAMA