Categories
SELANGOR

Baik pulih Jambatan Bandar Baru Kundang siap kurang 24 jam

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 APR: Jalan B149, Jalan Kundang di Bandar Baru Kundang, Gombak dibuka pada 4.00 pagi tadi setelah kerja baik pulih siap sepenuhnya.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak, banjir kilat pada 16 April lalu itu mengakibatkan jambatan Bandar Baru Kundang rosak.

“JKR menjangkakan Jalan B149 akan ditutup lebih lama memandangkan kerosakan dilihat teruk akibat banjir kilat di Kuang-Kundang.

Jambatan Kundang 1“Walaubagaimanapun, setelah pemeriksaan dilakukan, kita mendapati strukturnya masih kukuh dan tidak terjejas cuma penyambung ‘approach’ nya terjejas teruk maka ia mampu dibaik pulih dan dibuka kepada laluan jauh lebih awal,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, JKR menjangkakan Jalan B149 akan ditutup seminggu, namun gerak kerja efisyen membolehkan usaha baik pulih dapat diselesaikan lebih awal.

-nR-