Categories
SELANGOR

PAC: LLM perlu pastikan WCE siap ikut masa

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor mahu pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memastikan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata, hal itu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas membabitkan beberapa kawasan antaranya Sekinchan dan Sabak Bernam.

CP2A0089“Kemajuan di Selangor kini semakin pesat. Jalan-jalan persekutuan sentiasa sesak lebih lagi dengan pembinaan lebuhraya ini.

“Hal ini akan menyebabkan rakyat terkesan dan marah sekiranya pembinaan ini lewat disiapkan,” katanya kepada SelangorKini.

Suee Lim sebelum itu mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Annex bersama wakil LLM.

Pada masa sama, Suee Lim berkata, PAC turut mahu kos pembinaannya dipantau dan caj tol yang bakal dikenakan tidak membebankan pengguna.

CP2A0118“PAC berpuas hati dengan taklimat yang diberikan oleh pihak LLM bagaimanapun beberapa perkara harus diteliti LLM terutamanya siap dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Selain itu, katanya, pembinaan lebuhraya WCE itu perlu menepati spesifikasi yang ditetapkan bagi mengelakkan laluan menjadi berombak.

“Kita tidak mahu WCE menjadi seperti lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang berombak disebabkan pembinaan WCE ini di atas tanah gambut,” katanya.

Lebuhraya WCE dijangka siap Ogos 2019 itu kini mencapai 39 peratus berikutan kelewatan sebanyak 7.5 peratus oleh pemaju disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Jajaran WCE Seksyen 7 yang melibatkan Assam Jawa – Tanjong Karang masih dalam proses dimuktamadkan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.WCEWCE SEKINCAN