MPSJ raikan 62 anak yatim buat persediaan sambut Aidilfitri

Menjelang kehadiran Aidilfitri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meneruskan program Jelajah Kasih Ramadan 2014 dengan meraikan anak-anak yatim Al-Ijabah, Puchong di pusat membeli belah Mydin USJ 1.

Seramai 62 peserta dari lingkungan umur 10 hingga 17 tahun diraikan dengan aktiviti membeli belah barang kelengkapan raya dan majlis berbuka puasa.