Categories
NASIONAL

Jelajah Peduli Rakyat di DUN Kota Damansara

KOTA DAMANSARA 9 DIS: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini turun padang bersama rakyat dalam siri Jelajah Peduli Rakyat di DUN Kota Damansara.

Dalam program yang disertai pimpinan KEADILAN lain beliau turut bersama dalam
Dialog Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bersama kaum ibu dan asnaf di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Subang.

Mohamed Azmin berkata kaum ibu begitu teruja dengan pelbagai IPR yang dilaksanakan Kerajaan Negeri khususnya pelaksanaan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang akan bermula Januari 2018.

Berikut adalah suasana program berkenaan:

Beliau juga singgah solat asar berjemaah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang bersama warga kariah.

 

 

Categories
SELANGOR

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat berjaya capai sasaran

Oleh: NAEEM RAFFI

MACHANG, 9 JUL: Program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar yang menerjah seluruh Semenanjung Malaysia sejak 2 Julai lalu berjaya ditamatkan, semalam.

Gua Musang menjadi lokasi terakhir program di pantai timur, sekali gus melengkapkan sumbangan 5,000 pek bantuan Ramadan dan Aidilfitri di 31 lokasi yang turut melibatkan wilayah utara dan selatan.

Ketua Delegasi, K Gunasekaran berkata, siri jelajah itu mencapai objektifnya dengan komitmen dan kerjasama daripada sukarelawan serta pimpinan tempatan bagi membantu golongan sasaran di wilayah masing-masing.

IMG_6188“Misi membantu meringankan beban penerima menyambut Ramadan dan membuat persediaan Aidilfitri ini berjaya mencapai objektif apabila setiap pek bantuan diagihkan secara adil tanpa mengira fahaman politik.

“Mesej jelas bagaimana Selangor yang ditadbir secara telus dan adil berjaya memanfaatkan kekayaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas majlis penyerahan pek bantuan itu di Dataran Usahawan Batu 23, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Adun Lunas, Azman Nasarudin mewakili Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan 350 pek bantuan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Semua pek bantuan akan diagihkan kepada asnaf di 14 kawasan serata Kelantan.

-NFN-