Categories
NASIONAL

Tubuh segera Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen, kaji semula Esscom

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat (PR) menggesa Putrajaya supaya menubuhkan Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula keberkesanan Esscom dan Esszone di Sabah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata insiden pencerobohan perairan Sabah semakin meningkatkan dan perlu diselesaikan segera.

ESSCOMMedia semalam melaporkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Bersabit dengan perkara berkenaan, PR memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Korporal Abd Rajah Jamuan yang terbunuh sewaktu serangan hendap itu dan mendoakan keselamatan Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.

-NFN-