Categories
SELANGOR

Keganasan wanita perlu dihentikan semua pihak

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 NOV: Tiada kerjasama erat antara pegawai agensi Malaysia menyebabkan gejala keganasan wanita masih berleluasa sehingga hari ini.

Pemimpin Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita, Rodziah Ismail, berkata kebanyakan wanita masih tidak mengetahui hak di saat mereka diganasi.

rodziahKatanya, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita tidak memberi makna walaupun ia disambut 25 November setiap tahun.

“Wanita seharusnya diberi bantuan yang lebih oleh pegawai agensi antaranya pegawai kebajikan, pegawai polis, mahkamah, pegawai Jabatan Bantuan Guaman serta orang ramai.

“Usaha reaktif semata-mata tidak akan menjamin hasrat menghapus keganasan terhadap wanita,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, wanita disarankan melengkapkan diri dengan iman dan pengetahuan supaya diri mereka tidak diganasi sesiapa.

Elimination VAW 2015“Keganasan terhadap wanita adalah pelanggaran yang nyata terhadap hak keinsanan yang boleh dituntut di dunia dan akhirat.

“Justeru, warganegara Malaysia berkepentingan untuk mengetahui isu keganasan terhadap wanita dan bagaimana boleh membantu mengatasinya.

Difahamkan, Hari Menghapus Keganasan Terhadap Wanita memperingatkan warga dunia tentang jenayah dan pelanggaran hak terhadap wanita daripada sudut fizikal, emosi dan mental.

Antara keganasan yang sering berlaku melibatkan kes keganasan rumah tangga, rogol, serangan seksual, penderaan seksual melalui multimedia, paksaan melakukan seks dalam rumah tangga, sumbang mahram, keganasan terhadap wanita hamil dan pemerdagangan manusia.

-NFN-