Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kami perlu sedikit tuah – Fazrul

SHAH ALAM, 10 APR: Ahmad Fazrul Sham percaya sedikit tuah mampu membawa pasukan, AHM Motorsports Yamaha Racing menjejakkan kaki di atas podium kategori CP150 pada saingan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, 13 dan 14 April ini.

Barisan pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing mempamer aksi memberangsangkan apabila Fazrul berjaya menamatkan saingan di kedudukan kelima manakala pelumba rookie, Md Shahzul Naim Razali di kedudukan ke-11.

Malang buat Md Iqbal Amri Malek yang sebelum itu melakukan kejutan apabila berjaya meraih petak mula di kedudukan pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi kelayakan Superpole apabila terjatuh seawal pusingan kedua perlumbaan akhir yang dimenangi Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Fazrul, juara CP130 pada 2015, berkata, diharap sedikit tuah dan nasib baik akan membantu pasukan untuk menaiki podium pada minggu ini.

“Kami mempamer aksi di luar jangkaan sewaktu di Jasin, namun nasib tidak begitu menyebelahi setelah Iqbal terjatuh manakala saya pula mengalami sedikit masalah ketika sesi kelayakan.

“Jentera kami sangat baik. Saya berada di kelompok lima pelumba terbaik dalam setiap sesi di Jasin selain sesi kelayakan, jadi saya yakin kami akan kekal memberikan cabaran di Batu Kawan minggu ini,” katanya yang pernah memenangi perlumbaan di Batu Kawan pada 2008.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Azroy terpantas di Jasin

SHAH ALAM, 23 MAC: Azroy Hakeem Anuar memulakan musim 2019 dengan positif apabila berjaya mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan kategori CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 47.924s, hampir satu saat lebih pantas berbanding rekod litar musim 2018 mengatasi Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang mencatat masa terbaik 47.949s.

Rakan sepasukan Azroy yang tidak beraksi pada musim lalu, Md Zaqhwan Zaidi turut bermula positif setelah mencatat masa ketiga terpantas, 48.017s manakala juara keseluruhan CP150 2018, Ahmad Afif Amran turut memberikan saingan di kelompok hadapan dengan catatan keempat terpantas, 48.060s.

Keputusan ini juga menyaksikan permulaan positif buat kem Honda dan beberapa perubahan teknikal jentera yang diperkenalkan pada musim ini dijangka bakal menjadikan persaingan kelas perdana pada musim ini lebih sengit.

Azroy berkata, ia satu permulaan yang baik buat pasukan namun masih belum boleh berpuas hati.

“Masih terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan terutama menjelang sesi kelayakan Superpole esok.

“Pada masa sama kami masih belum mengetahui keupayaan sebenar jentera pasukan lawan kerana ini baharu perlumbaan pertama untuk 2019. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya keputusan hari ini dapat meningkatkan semangat dan keyakinan kami sepasukan,” katanya.

Sementara itu, duo Motul Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Md Adib Rosley menguasai sesi kelayakan CP115, masing-masing dengan catatan terbaik 49.451s dan 49.710s. Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 49.955s

Sementara itu, Md Zaki A Zamri bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA di kedudukan pertama setelah mencatat masa terpantas 50.353s sesi kelayakan Shootout.

Keputusan

CP150 (KELAYAKAN)
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 47.924s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.949s
3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 48.017
4. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 48.060s
5. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 48.063s

CP115 (KELAYAKAN)
1. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.451s
2. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.710s
3. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49.955s
4. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 49.997s
5. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.066s

WIRA (SHOOTOUT)
1. Md Zaki A Zamri (SGR) Persendirian 50.353s
2. Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 50.390s
3. Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 50.555s
4. Haizilazri Hadi (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.559s
5. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 51.081s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Syarifuddin tak gentar pelumba senior

SHAH ALAM, 21 MAC: Walaupun bakal berdepan pelumba senior yang lebih berpengalaman, Md Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk memberikan cabaran dalam kategori CP115 menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini.

Juara WIRA 2018 itu beralih ke kategori CP115 pada musim ini dan bertindak selaku pelumba tunggal bersama pasukannya, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing dalam kategori terbabit.

Bagi pelumba kelahiran Selangor itu, dia tidak akan terlalu merendah diri selaku pelumba rookie dan akan tampil memberikan saingan terbaik terutama ketika berhadapan pelumba senior.

Syarifuddin berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik pada penampilan pertamanya dalam kategori ini.

“Selain faktor kekurangan pengalaman, saya akan cuba untuk membentuk persefahaman yang baik bersama jurutera pasukan supaya cepat serasi dengan jentera dan juga keadaan litar nanti,” katanya.

Katanya, status selaku pelumba tunggal pasukan dalam kelas CP115 bukan satu masalah memandangkan pasukannya juga membuat persiapan rapi untuk menghadapi perlumbaam musim 2019.

“Selepas memenangi gelaran Wira pada tahun lalu, memang saya sudah mempersiapkan diri untuk beraksi dalam kelas CP115 dan serba sedikit saya mendapatkan maklumat dari pelumba lain dan juga pasukan terutama dari segi perbezaan jentera.

“Cuma saya tidak meletakkan sasaran tinggi pada penampilan pertama ini, cukup sekadar untuk layak ke sesi kelayakan Shootout dan menamatkan saingan di kalangan 10 pelumba terbaik,” katanya.