Categories
AGENDA NASIONAL

Cub Prix: Azroy muncul juara, selesa dahului kedudukan CP150

SHAH ALAM, 19 SEPT: Azroy Hakeem Anuar mudah menyempurnakan misinya di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Terengganu apabila bergelar juara kelas CP150 pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu sekali lagi mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu di litar sama apabila mengungguli perlumbaan akhir dengan catatan masa 16:40.336 saat (s).

Ternyata, litar sepanjang 1.371 kilometer itu memang gelanggang kegemaran pelumba asal Selangor itu dengan semuanya berjalan lancar bermula daripada sesi kelayakan menyaksikannya muncul pelumba terpantas semalam seterusnya meneruskan rentak cemerlang bagi mengotakan janji berada di podium kemenangan hari ini.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan terbaik. Keadaan jentera juga mantap selain perasaan positif untuk memimpin perlumbaan. Semuanya berjalan lancar dan saya gembira dan sangat berterima kasih kepada seluruh krew pasukan yang bekerja keras untuk kejayaan ini,” kata Azroy dalam kenyataan.

Dengan kemenangan itu, Azroy kini terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan meraih 81 mata, diikuti Helmi Azman yang sudah mengumpul 66 mata.

Tempat kedua perlumbaan akhir dimenangi pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan merekod masa 16:41.346s manakala tempat ketiga Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan masa 16:43.825s.

Kelas CP126 pula menyaksikan kebangkitan juara keseluruhan kategori Wira musim lalu, Md Aliff Danial Md Asri yang kini menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Aliff muncul juara kelas baharu diperkenalkan musim ini dengan 13:06.521s manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Md Adib Rosley (IPONE Yamaha YYPANG Racing Team) 13:09.390s dan Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team) 13:15.210s.

Begitupun, kedudukan keseluruhan masih dipegang pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Shafiq Rasol dengan 67 mata diikuti rakan sepasukan, Md Hafiza (57 mata).

Sementara itu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Rahimi Nabil Razu tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila muncul juara perlumbaan akhir kelas Wira dengan catatan masa 10:47.161s seterusnya mengukuhkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan 78 mata.

Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Boss Susu Motorsports, Md Haziq Rosmaza (10:48.380s) diikuti tempat ketiga, Md Aeiman Hafidz Shahril (ONEXOX SAG Team) (10:50.874s).

Selepas ini, Litar Lumba Tangkak, Johor akan menjadi destinasi Pusingan 5 pada 10 hingga 11 Oktober nanti.

Categories
SUKANKINI

Terpantas di Tangkak, landasan Azroy buru hatrik CP150

SHAH ALAM, 3 MEI: Azroy Hakeem Anuar mempamer aksi bertenaga dalam misi memburu kemenangan hatrik apabila mencatat masa terpantas pusingan kelayakan CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terbaik 44.174s pada pusingan ke-12 untuk mengatasi Md Iqbal Amri Malek (AHM Motorsports Yamaha Racing) yang sebelum itu mendahului pelumba lain dengan catatan terbaik 44.242s.

Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mencatat masa ketiga terpantas dengan 44.384s manakala Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairues melengkapkan lima pelumba terpantas sesi kelayakan masing-masing dengan catatan terbaik 44.480s dan 44.524s.

Azroy berkata, saingan di litar Tangkak agak sukar memandangkan pelumba lain mula menunjukkan aksi sebenar mereka.

“Keadaan litar juga sedikit sebanyak mengganggu rentak pelumba untuk memberi yang terbaik kerana terdapat kawasan yang tidak rata terutama di bahagian selekoh.

“Sya tidak mahu memikirkan mengenai kemenangan ketiga berturut-turut kerana ia menjadi tekanan buat saya,” kata juara pusingan pertama dan kedua itu.

Katanya, apa yang penting dirinya perlu memberi yang terbaik dan kekal konsisten di setiap pusingan kerana sedikit kesilapan akan merugikannya.

Saingan kelayakan CP115 dikuasai Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) dengan catatan terbaik 46.167s sambil juara pusingan kedua, Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengekalkan prestasi terbaik apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 46.176s.

Rakan sepasukan Adib, Md Fareez Afeez Abd Rahman muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 46.303s.

Sementara itu, juara pusingan pembukaan, Md Zaki A Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah mengungguli sesi kelayakan Shootout dengan masa 46.486s diikuti Md Adib M Asri (ELF Koyoko Honda KC Racing Team) kedua, 46.621s dan Md Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing) ketiga, 46.794s.

KEPUTUSAN PUSINGAN 3 – LITAR LUMBA TANGKAT, JOHOR

CP150 – KELAYAKAN
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 44.174s
2. Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) AHM Motorsports Yamaha Racing 44.242s
3. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.384s
4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 44.480s
5. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.524s

CP115 – KELAYAKAN
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 46.167s
2. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.176
3. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 46.303s
4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team 46.370s
5. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing4 6.624s

WIRA – SHOOTOUT
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 46.486s
2. Md Adib M Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 46.621s
3. Md Adam Haikal Jahar (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 46.794s
4. Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 46.900s
5. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 46.926s

 

Categories
SUKANKINI

Raih kemenangan kedua, Azroy ungguli perlumbaan Batu Kawan

SHAH ALAM, 14 APR: Azroy Hakeem Anuar meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 setelah menjuarai perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing sebelum ini memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka, bermula cemerlang untuk mendahului kedudukan melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.

Akid yang kemudiannya cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri dari perlumbaan setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua sekali gus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus mendahului perlumbaan.

Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang mengekori namun Azroy bijak menutup ruang sekali gus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’34.904s diikuti Afif dengan masa 17’35.080s manakala pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17’45.922s.

Azroy berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana bekerja keras untuk membantunya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja.

“Pada penghujung perlumbaan saya menyedari Afif berada dekat dengan saya jadi perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” katanya yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.

Podium di tempat kedua membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata diikuti Fazrul dengan 27 mata.

Sementara itu, dalam saingan CP115 menyaksikan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan dari petak pertama berjaya mendominasi 15 pusingan perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula dari petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s sekali gus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.

Duo Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan masa 13:45.823 dan 13:46.258.

Dalam saingan kategori WIRA, Md Aliff Danial M Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) kedua, 11:23.957s dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza ketiga, 11:25.946s.

Dua podium dalam dua perlumbaan membantu Md Sharul Ezwan M Sharil untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 36 mata.

KEPUTUSAN:

CP150
Perlumbaan Akhir
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 17:34.904s
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 17:35.080s
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:45.922s
4. Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Cilik RCB Motorsport 17:46.016s
5. Md Iqbal Amri Abdul Malek (SGR) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:47.495s

Kedudukan Keseluruhan
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 50 mata
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 33 mata
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 27 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 25 mata
5. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 20 mata

CP115
Perlumbaan Akhir
1. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.133s
2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:45.224s
3. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:45.823
4. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:46.258
5. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 13:52.445s

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40 mata
2. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 38 mata
3. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 25 mata
4. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 21 mata
5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 19 mata

WIRA
Perlumbaan Akhir
1. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 11:22.864s
2. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 11:23.957s
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 11:25.946s
4. Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 11:26.191s
5. Md Adib M Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 11:34.726s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 36 mata
2. Md Zaki A Zamri (SGR) William #LLRKS CYT Racing 35 mata
3. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 30 mata
4. Md Adib M Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 24 mata
5. Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 23 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Azroy hadiahkan kemenangan pertama Honda

SHAH ALAM, 24 MAC: Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda setelah berjaya memenangi perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 yang berakhir di Jasin, Melaka, hari ini.

Selepas dua musim, pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu akhirnya berjaya menamatkan dominasi jentera Yamaha sekali gus turut menjadi kemenangan pertamanya dalam kategori perdana.

Azroy memulakan 20 pusingan perlumbaan dari petak ketiga sebelum berjaya merampas kedudukan daripada pendahulu, Md Iqbal Amri Malek seawal pusingan kedua.

Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun itu diberikan tentangan sengit oleh seorang lagi pelumba muda, Md Helmi Azman sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’02.227s.

Helmi muncul naib juara dengan masa keseluruhan 16’02.939s sambil rakan sepasukan Azroy, Md Zaqhwan Zaidi yang kembali ke kancah Cub Prix pada musim ini melengkapkan penguasaan podium Honda di kedudukan ketiga dengan masa 16’09.377s.

“Saya berasa sangat gembira dan puas kerana dapat memenangi perlumbaan dan menghadiahkan kemenangan pertama ini kepada pemilik pasukan, Shahrol Yuzy dan seluruh pasukan yang tidak berhenti bekerja keras untuk memberikan saingan yang lebih kompetitif pada musim ini,” kata Azroy.

Dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez Abd Rahman meneruskan momentum kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing apabila mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:31.825s.

Naib juara keseluruhan musim 2018 itu mengatasi Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 12:34.962s sementara pendatang baharu kategori CP115, Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Juara keseluruhan WIRA 2018 itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:35.454s.

Sementara itu, perlumbaan kategori WIRA dimenangi pelumba persendirian, Md Zaki Zamri yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’24.355. Tempat kedua milik pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizi Supaat dengan masa 10’24.355s Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) ketiga, 10’24.493s.

KEPUTUSAN PUSINGAN 1 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS

CP150
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:02.227
2. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 16:02.939
3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:09.377
4. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 16:09.444
5. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing Team 16:14.834

CP115
1. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:31.825s
2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 12:34.962s
3. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 12:35.454s
4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team 12:38.111s
5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:40.976s

WIRA
1. Md Zaki A. Zamri (SGR) Persendirian 10’24.219s
2. Md Afizat Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 10’24.355s
3. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 10’24.493s
4. Md Adib M. Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 10’24.941s
5. Md Norhakim M Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team 10’25.759s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Azroy terpantas di Jasin

SHAH ALAM, 23 MAC: Azroy Hakeem Anuar memulakan musim 2019 dengan positif apabila berjaya mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan kategori CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 47.924s, hampir satu saat lebih pantas berbanding rekod litar musim 2018 mengatasi Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang mencatat masa terbaik 47.949s.

Rakan sepasukan Azroy yang tidak beraksi pada musim lalu, Md Zaqhwan Zaidi turut bermula positif setelah mencatat masa ketiga terpantas, 48.017s manakala juara keseluruhan CP150 2018, Ahmad Afif Amran turut memberikan saingan di kelompok hadapan dengan catatan keempat terpantas, 48.060s.

Keputusan ini juga menyaksikan permulaan positif buat kem Honda dan beberapa perubahan teknikal jentera yang diperkenalkan pada musim ini dijangka bakal menjadikan persaingan kelas perdana pada musim ini lebih sengit.

Azroy berkata, ia satu permulaan yang baik buat pasukan namun masih belum boleh berpuas hati.

“Masih terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan terutama menjelang sesi kelayakan Superpole esok.

“Pada masa sama kami masih belum mengetahui keupayaan sebenar jentera pasukan lawan kerana ini baharu perlumbaan pertama untuk 2019. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya keputusan hari ini dapat meningkatkan semangat dan keyakinan kami sepasukan,” katanya.

Sementara itu, duo Motul Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Md Adib Rosley menguasai sesi kelayakan CP115, masing-masing dengan catatan terbaik 49.451s dan 49.710s. Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 49.955s

Sementara itu, Md Zaki A Zamri bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA di kedudukan pertama setelah mencatat masa terpantas 50.353s sesi kelayakan Shootout.

Keputusan

CP150 (KELAYAKAN)
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 47.924s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.949s
3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 48.017
4. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 48.060s
5. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 48.063s

CP115 (KELAYAKAN)
1. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.451s
2. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.710s
3. Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49.955s
4. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 49.997s
5. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.066s

WIRA (SHOOTOUT)
1. Md Zaki A Zamri (SGR) Persendirian 50.353s
2. Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 50.390s
3. Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 50.555s
4. Haizilazri Hadi (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.559s
5. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 51.081s

Categories
SELANGOR

Cub Prix: Zaqhwan yakin Azroy mampu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 JUL: Pelumba SuperSports negara, Mohd Zaqhwan Zaidi percaya Azroy Hakeem Anuar mampu menggalas tanggungjawab dan menggantikannya dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing.

Ia berdasarkan prestasi dipamerkan pada perlumbaan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar MAEPS, Serdang, 7 dan 8 Julai lalu.

Menjelang perlumbaan Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix di Jasin, Melaka, minggu ini, Zaqhwan yakin Azroy mampu meneruskan aksi cemerlang sebagaimana dipamerkan dalam sesi latihan dan kelayakan CP150 di Selangor itu.

“Saya ada melihat aksi Azroy di MAEPS dan telah menunjukkan peningkatan ketara dengan sentiasa berada dalam kelompok pelumba hadapan ketika sesi latihan juga kelayakan, cuma kesilapan sewaktu perlumbaan akhir menyebabkannya hanya menamatkan saingan di kedudukan ke 10.

“Sama seperti saya di peringkat awal dalam saingan leas perdana, Azroy perlu lebih berhati-hati dan bertenang dan mungkin dengan pengalaman demi pengalaman dalam perlumbaan selepas ini, dia akan semakin matang dan mampu menjadi juara,” katanya yang akan menyertai Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour, 27 hingga 29 Julai ini.

Zaqhwan, juara CP130 2014 adalah pelumba utama Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing beberapa musim lepas namun terpaksa mengetepikan saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini selepas memutuskan memberi tumpuan terhadap perlumbaan 1,000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun dan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Sementara itu, menyentuh tentang persediaan perlumbaan 8-Hour, Zaqhwan berkata, beliau sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Tahun ini saya akan bergandingan dengan dua pelumba berbeza berbanding musim lalu.

“Sesi latihan di Suzuka sepanjang beberapa minggu ini menunjukkan keputusan positif dan kami meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok sepuluh pasukan terbaik,” katanya.