Categories
SELANGOR

Kajian: Lebih 90% sokong kempen tanpa beg plastik

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 16 MEI: Kesedaran bahawa beg plastik penyumbang besar terhadap pencemaran alam sekitar dialam kalangan penduduk Selangor berada di tahap tinggi.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, hal ini berikutan lebih 90 peratus penduduk bersetuju dengan kempen tidak menggunakan beg plastik di pasar raya yang dilancarkan sebelum ini.

“Kerajaan Negeri dan Merdeka Centre bekerjasama menjalankan kajian dan mendapati lebih 90 peratus rakyat Selangor terima polisi bebas plastik yang dijalankan.

“Kita juga menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada rakyat dan kesannya kebanyakkan mereka sedar kesan plastik kepada alam sekitar seperti kepada sungai dan binatang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Bazar Ramadan Mampan Majlis Daerah Kuala Selangor Tahun 2019 di Tapak Bazar Ramadan Saujana Utama di sini, hari ini.

Loy Sian berkata, dalam kajian sama juga menunjukkan sebanyak 20 peratus penduduk Selangor bersetuju dengan caj 20 sen yang dikenakan terhadap penggunaan beg plastik.

Katanya, kajian itu membuktikan bahawa isu polisi itu tidak mendapat sokongan rakyat tidak timbul sama sekali.

Ketika menyentuh kempen Bazar Ramadan Mampan, Loy Sian menggesa orang ramai membawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan di Bazar Ramadan.

Kempen Tanpa Beg Plastik : Bilangan hari bakal ditambah


Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan penambahan hari Kempen Tanpa Beg Plastik ekoran keberkesanan pelaksanaan kempen terbabit sebelum ini

Categories
SELANGOR

Selangor cadang lanjut hari tanpa beg plastik

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan penambahan hari Kempen Tanpa Beg Plastik ekoran keberkesanan pelaksanaan kempen terbabit sebelum ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata kertas dasar berkenaan cadangan itu akan dibentangkan dalam tempoh terdekat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

hari-tanpa-beg-plastik“Kerajaan Negeri melaksanakan kempen pengurangan beg plastik dan polisterin di negeri ini sejak tahun 2008 dengan memperkenalkan Kempen Sabtu tanpa beg plastik di Pusat Membeli Belah.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengguna terhadap Kempen Sabtu Tanpa Beg Plastik adalah tinggi 94 peratus dan 77 peratus responden bersetuju supaya kempen ini diteruskan dan ditambah bilangan hari pelaksanaannya,” katanya yang menjawab pertanyaan mulut Dr Yaakob Sapari (KEADILAN-Kota Anggerik).

Pada masa sama, Elizabeth mahu usaha mengawal pengeluaran karbon dioksida dilakukan secara bersama daripada pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Persekutuan.

“Ia membabitkan dasar tenaga, pengangkutan, pembinaan dan industri berkesan dalam memastikan pengeluaran karbon dioksida ke udara dapat dikurangkan.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan pengurangan karbon dapat dikurangkan melalui dasar mengekalkan 30 peratus hutan simpan kekal di negeri ini,” katanya.

-nR-