Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor Maritime Gateway semarak ekonomi maritim

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 MAC: Usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi projek ‘Selangor Maritime Gateway’ (SMG) dijangkakan menyemarakkan ekonomi negeri pada jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), YM Raja Shareen Raja Othman berkata, pihaknya mengenal pasti lokasi berasaskan transit sepanjang sungai itu dalam usaha pemuliharaan dan pembangunan.

“Sungai Klang akan dijadikan sumber ekonomi baharu menerusi projek SMG.

“Kita berharap dengan usaha ini, Kerajaan Negeri menyemarakkan ekonomi negeri jangka masa panjang menerusi ekonomi maritim,” katanya dalam temubual Sinar Live ‘Selangor Menuju Negeri Lestari’, di Facebook, semalam.

Raja Shareen berkata, SMG menjadikan konsep penjanaan semula bandar membabitkan industri perhotelan, perdagangan, perumahan dan perkhidmatan.

Katanya, projek itu meliputi keluasan kawasan kira-kira 55,612 hektar sepanjang pesisir Sungai Klang.

“Usaha penyelenggaraan dan membersih Sungai Klang dilaksanakan sejak 2015.

“Sehingga kini, sebanyak 40,000 tan metrik sisa pepejal dipungut,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bersetuju menerima pakai dan melaksanakan Pelan Induk SMG dan dimasukkan ke dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) (Penggantian) 2035.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bertekad melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi, di bandar sepanjang Sungai Klang dan menjadikan kawasan itu sebagai ‘Smart Central Economic Region’.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melantik anak syarikat milik penuh MBI, iaitu Landasan Lumayan Sdn Bhd sebagai pelaksana projek.

“Kerajaan Negeri melihat Sungai Klang sejauh 120 kilometer yang mengalir melalui bandar utama, di Selangor bermula di kawasan Ampang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan seterusnya Bandar DiRaja Klang.

“Ia adalah ‘the engine of growth’ yang bukan sahaja menjadi penyumbang utama ekonomi kepada Negeri Selangor, malahan kepada Malaysia,” katanya.

Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi negeri, menjangkakan Kerajaan Negeri mampu menjana pendapatan minimum RM10 bilion menerusi usaha pemuliharaan Sungai Klang.

Categories
SELANGOR

Kontrak CEO dan COO MBI disambung dua tahun lagi

OLEH SHEEDA FATHIL

PUTRAJAYA, 6 DIS : Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen YM Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin disambung dua tahun lagi.

Raja Shahreen berkata, penyambungan kontrak itu adalah satu perkara yang mencabar dan berazam memikul amanah besar itu sebaiknya.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Negeri kerana memberi kepercayaan untuk saya meneruskan perjuangan dalam MBI.

“Sempena MBI Group Business Retreat selama tiga hari ini, pelbagai rancangan dan strategi dibincangkan berkenaan Smart Selangor selain meningkatkan lagi infrastruktur seperti wifi Smart Selangor di beberapa kawasan sekitar negeri ini.

“Kita akan berusaha untuk jadikan visi Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Selangor sebagai Smart State, menjelang 2025,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Makan Malam MBI Group Business Retreat di Restoran Tuscany, Hotel Marriot, Putrajaya, di sini.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Central Sepctrum, Mahmud Abbas dan pegawai serta kakitangan MBI.