Categories
NASIONAL

Chean Chung tidak tunduk ugutan RM5 juta Hassan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 JUL: Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Chean Chung tidak akan memohon maaf kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berhubung dakwaannya, Hassan memperolehi sekurang-kurangnya RM321,000 daripada urusniaga tanah rizab Melayu.

Chean Chung berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima surat Hassan bertarikh 24 Jun lalu yang menuduhnya berniat jahat dalam membuat dakwaan tersebut.

yb chean chun-markshort 5“Saya menerima surat Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin bertarikh 24 Jun 2016 berkenaan isu sebidang tanah yang asalnya merupakan tanah rizab Melayu, kemudian dijual kepada seorang Cina dengan harga berlipat kali ganda.

“Hassan menuduh saya berniat jahat dalam membuat dakwaan tersebut dan beliau mendesak saya supaya meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan jika tidak beliau akan membawa kes ini ke mahkamah dan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta daripada saya,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana, di sini, hari ini.

Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu berkata, keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan peguam yang dilantik beliau.

“Segala maklum balas lanjut akan saya serahkan kepada peguam saya,” katanya lagi.

-nR-